Lama benar tak buat entry.. Bukan bz atau tak cukup masa.. masa yang diberikan oleh Allah 24 jam sehari semalam itu sangat banyak dan melebihi segala keperluan kita.. sehingga saya sendiri pun banyak membazir masa.. mudah-mudahan Allah ampun atas kesilapan pembaziran tersebut. amiin..
kali ini saya ingin mengajak para pembaca sama ada tua atu muda, kaya atau miskin, dekat atau jauh, islam atau bukan. Semuanya lah yang pandai membaca.. hehe..
Tajuk di atas bukan untuk siapa-siapa.. "Dia" merujuk kepada yang teristimewa di dalam hidup saya dan kita semua.. siapa Dia? iaitu pencipta kita semua.
Jom kita berbincang pasal satu kejadian.. tengok gambar di bawah ye.. hehe.
Bumi Berputar
Bumi berputar 24 jam tanpa henti2.. bahagian bumi yang menghadap matahari akan menjadi siang, manakala bahagian bumi yang menghadap bulan akan menjadi malam. ini semua diakui oleh semua manusia biasa dan pakar2 dunia.
Namun. apa akan terjadi jika bumi tidak berputar??????
Akan ada bahagian yg selamanya menghadap matahari sahaja
sehingga menjadi siang hingga ke hari kiamat. Dan ada pula bahgian yang selalu
membelakangkan matahari sehingga menjadi malam berpanjangan hingga ke hari
kiamat..
Jom kita fikir sedikit jer lagi..
Apakah yg akan terjadi sekiranya siang terjadi secara
berpanjangan?? Udara dari detik ke detik, jam ke jam akan menjadi semakin panas,
dan sehingga mencapai 100jam siang terus menerus, maka suhu udara akan
menacapai lebih 100 darjah Celcius.. Dan kalau siang terus lagi sehingga
beberapa 1000jam atau ribu2 jam lagi...
maka suhu udara
akan menjadi tinggi lagi sehingga mencapai lebih dari 1000 darjah celcius. Ini
akan menyebabkan seluruh air yang ada di muka bumi ini dan benda cair akan
menjadi panas dan mendidih.
air mula mendidih
panasnya kan..
Cubalah bayangkan apa yg akan terjadi jika
semua air (sungai, laut, tasik) dan benda cair di di bumi ini mendidih??? Begitu juga darah yang mengalir di dalam
tubuh manusia akan mendidih pula akibat terlalu panas. Dalam keadaan demikian,
tiada satu pun makhluk akan dpat hidup.
Semuanya akan mati dan musnah..!
Apabila selepas 100 jam atau 1000 jam berikutnya, bukan
sahaja air akan mendidih. Semua benda di atas muka bumi ini sama ada kayu,
tanah, batu,rumah, kereta, jambatan dan lain2 akan panas dan terbakar yang kuat
sehingga menjadi bara atau debu. Sehinggakan semua manusia akan mati bukan
sahaja manusia tapi seluruh bumi yang besar ini akan terbakar menjadi abu yang
berterbangan sekelip mata sahaja...
Moral of the story.. jom kita baca tafsir ayat di bawah ini.
Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan siang kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat (dalil-dalil dan bukti keesaan dan kekuasaan Allah)?" Al-Qosas ayat 72.
Besarnyer nikmat Allah kepada diri kita semua.. sehingga bumi tidak pernah melawan arahan Allah untuk berputar tanpa berhenti sesaat pun.. manusia?? hari2 menyalahkan Allah dan tidak bersukur dengan nikmat Allah. Ampunkan dosa kita semua ya Allah.. amiiin.
No comments:
Post a Comment