Wednesday 7 December 2011

CiNtA jArAk JaUh

haaa... dengar jer tajuk nie... dah rasa sedih... waaaa.. jiwangnyer aku.... hek hek hek...
sebenarnye ini kisah nyer.... kisah nie dah lama... nk buat macam mana, tidak ada kesempatan nak edit my entry..  hari nie nak buat jugak.. sebab tkut lame2 tk post.. nati berkarat my blog.. heeehe.. 

pada hari raya haji baru nie..  saya balik kampung di Thailand.. dalam perjalanan ke sana, saya terjumpa seseorang di stesen kereta api.. saya pun tegur dia.. kaunter tiket dah buka ke belum.. sebab lama dah tak balik kmpung, so lupa jadual perjalanan kereta api.. rupa2nya orang tu bukan orang melayu.. dia orang Myanmar.. terkejut n tersentak saya bila tahu dia bukan orang melayu.. berani-berani pulak aku p tegur orang myanmar nie.. tapi nasib baik la dia pandai jugak speaking bahasa bonda kita (melayu) walaupun susah nak faham apa yang dia sebut.. hahaa... pendekkan cerita, last2 dia yang tolong ambilkan tket ke saya.. saya tak suruh.. dia suka menolong kot.. terima kasih yer awak.. 
adakah tajuk di atas melambangkan aku mencintai dia yang berasa dari Myanmar ini?????? oh... mintak jauh....  
i tk nak jd menantu orang myanmar.... hahhaha... lagi pun dia laki la.... 

apa kaitan dengan cinta jarak jauh?? 

macam nie, saya tnya dia... asal mynamr, datang thailand ada urusan ape? dia kata datang bekerja..
so i guna kemahiran kaunseling sikit, saya tanya soalan terbuka sekali.. terus dia semangat bercerita tentang kisah hidup dia... saya dengar n cuba je la memahami (walaupun dia tak tahu i sedang memahami dia.) sebab i tak pandai nak tunjuk yang i sedang cuba memahami orang tu (kelemahan i)..
dia nie telah lama berhijrah ke thailand untuk bekerja sebagai buruh.. masa umur 15 tahun dia merantau sorang diri sampai sekarang masih berhijrah.. waaaaa... patut la dalam penceritaannya sangat banyak pengalaman n ilmu yang baru tercurah-curah ke saya.. hahhaaa...  

smpai satu tahap, saya tanye pasal status dia.. saya ingtkan dia masih bujang.. sebab nmpak macam orang bujang... rupanya dia dah ada isteri n seorang anak... anak sulongnya umur 4 tahun, sekarang isterinya sedang mengandung.. waaaa.. suka ar tengok perempuan ngandung, sejuk mata.. tiba2 lari tajuk.. kakakka... 
lepas tu saya cuba memahami perasaan dia.. i tnya la tak rindu ke kat wife yang duk jauh d myanmar... 
nk tahu dia jawab apa... tak rindu.. sebab datang sini nk buat kerja.. time buat kerja tkleh rindu2 nati takleh nk buat kerja ngn betul... betul juga dia kata... tapi....... i tahu dia rindu... sb masa dia tunjuk gambar wife dia, i sempat belek di sebalik belakang kelompok mata dia ada air yang bertakung... hahahahahhaha melampaunya ayat..

lepas tu, i tanya soalan sensetif sikit, tapi sambil gelak2 la soalan tu keluar.. duk jauh ngn wife nie, tak terpandang ke perempuan kat sini...???? dia kata, saya tak pandang dah perempuan lain.. sebab saya dah ada wife saya walaupun duk jauh... bagus betul mamat nie.... saya tahu apa puncanya dia boleh jadi setia macam tu... sebabnya adalah... mestila punca datang dari wife dia... mybe wife dia bagi kasih syg secukupnya kat dia, jaga hatinya dengan baik.. sb tu dia boleh jadi gitu.. 
suamikan, itu la cara menghargai kepada wife dia... sb cara peghargaan ini (setia) sangat bernilai kepada si isteri.. kan kan kan perempuan? ingat tu perempuan di sana... hehehehe 
ini la namanya cinta jarak jauh... banyak cabaran untuk menghadapinya.. tapi mesti la orang yang diplih itu adalah orang yang layak untuk berada dalam situasi itu...  apa yang penting kena saling memahami la makcik-pakcik kt luar oi…. heee
bye bye....!!!

Wednesday 21 September 2011

jom tido....

waaa.. ngantuknya.....



JOMMMMMMM TIDO...... 

(perempuan yang membaca blog nie berkata) Tidooo? Nk tido, boleh ajak orang ker….? Isshhhhh….. tak baik tau ajak saya tido sekali dengan awak… saya perempuan, aaaaaaaaaawak tu laki.. mana boleh macam tu… issshh tak baik, tak baik….
(saya menjawab) bukan ajak awak lah… perasan jer kamu nie yer…  saya ajak semua orang lah, termasuk kamu juga… heheheheeehee…. Saya nak ajak tido secara berfaedah.. bukan ajak tido sekali…  kenaper boleh fikir pasal tido nie..
Sb…………….. saya suka tido tau…. Uhuhu… kepada yang di luar sana yang tak suka tido, tkpe.. awak tido jugak walaupun sedikit.. sekurang2nya 6jam or 8jam 1 hari kan? Kan? Kan? Kan? Tak hairan la kalau nak bincang bab tido kan.. semua manusia tido… Rasulullah sendiri pun tido kan… 
BESTNYER TIDO CAM NIE... DULU2 SY TDO CAMNIE... HAK HAK HAK


Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Sebut pasal Rasulullah tido…  baru terjawab kenapa saya nak bincang bab tido hari nie kan….

Sebelum kita pergi jauh, meh nak crito budak2 zaman sekarang tido dulu.. termasuk saya… biasala, budak zaman sekarang…. Banyak sama jer kan… jangan terasa hati yang tak sama…ehhehe
Sekarang nie, ramai antara kita tido ikut perasaan and ikut budaya… macam tu? Macam nie la..
  
tengok tu.... msg jer kan.. salah ke? tak lah... hehehe tk slah nk msg sblum tdo... 


daaaaaaaaa......... dah jadi slah msg sblum tdo bila trtido TAK ikut adab & sunnah.... hehe

 Sekarang mari kita fikir sekejap…….. kalau ada yang nak kira pun tkper… kalau kita tido 8jam dalam 1 hari….. andaikata kita hidup selama 60 tahun… berapa banyak masa kita dihabiskan untuk tido sahaja sepanjang hayat kita? Jem jem jem…………. 1/3 daripada 60 laaaaaa……… fuh…  berapa tu? 20 tahun…. Ishh… 20 tahun la masa kita tido selama kita hidup…. 


Wadddddddddooooowwww…  punya manyak jugak maaaaa! Habis tu, kenapa dengan 20 tahun?  Kenape ko tanye????  20 tahun itu banyak adik2, akak2, abang2 ku kasihi… apa kata kalau sebelum kita berjumpa dengan Illahi, kita bawak amal yang kita buat selama 20  tahun kepadaNYA…  banyak tu sedare….! Ok.. macam mana nak jadi kan tido kita menjadi amal atau pahala?  Senang saja…. Tido la ikut Rasulullah… TAK SUSAH….  Sebelum tido… baca la doa tido… jangan nak baca msg n terus tido..  kalau kita meninggal masa tido, tak kah menyesal kita sb perkataan kita sebelum tido adalah msg??? haaa…. Baca doa tido jer… pandek jer pun doa… budak tadika pun boleh ingat… saya tak melarang nak msg, tp bila dah nk tido.. usahakan biar ucapan LAILAHAILLALLAH menjadi ucapan terakhir kita… sb sape2 meninggal dunia,akhir kata dia LAILAHAILLALLAH.. MASUK SYURGA… (HADIS NABI NI)… lepas nie amal k…


jgn lupa baca ini sbelum tido tau..

Kalau rajin lagi, baca la ayat2 sikit… ayat kursi, dan 4 kul (Al-Kafirun, Al-Ikhlas, Al-Falaq, n An-Nas)… Rasulullah tak pernah tinggal tau ayat2 nie sebelum tido…  masa nak tido, niat la nk bangun sembahyang tahajud, kalau tak terjaga, Allah kira pahala kita sembahyang jugak tau… baik kan DIA…  Rasulullah juga tido ada dua cara, 1 kpala mghadap kiblat.. tgn dida sperti solat, n kaki kanan di atas kaki kiri.. (perempuan klu tk nak jin ganggu, amal la kaki kanan letak di atas kaki kiri..) 2 muka mghadap kiblat.. ayat kursi penting tau………! Tengok nie betapa pentingnya…  

    Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.

tengok tu... kalau nak tahu, orang nie tdo pun ada adab... hehehe


Aisyah R.A. meriwayatkan.. setiap kali hendak tidur pada malam hari, Rasulullah s.a.w selalu menyatukan telapak tangan beliau seraya membaca surah AL-IKHLAS, AL-FALAQ, dan AN-NAS, kemudian beliau meniup kedua telapak tangan beliau. setelah itu dengan menggunakan kedua tapak tangan itu, beliau mengusap bahagian tubuh yang berpatutan, dimulai dari kepala, wajah, lalu bahagian depan tubuh. Hal itu dilakukan tiga kali. (riwayat tirmizi, bukhari, abu daud, ibnu majah, ahmad, dan nasai).
Sekarang berbalik kpade 20 tahun masa yg kita habiskan untuk tido saja… kan dah jadi amal n pahala….


Jom tido…………….. ajak saper erk? Ajak kamu la…… huhuhuhu
Ini hanya adab tido yang ringkas, banyak lagi yang Rasulullah buat sebelum tido… tapi bagi yang belum amal… amal yang nie dulu k.. dah berjaya yang nie, nanti kita tambah adab tido yang sempurna…. Hehehee

Maaf kalau ada silap dan kekurangan dalam ayat2 di atas..  jangan lupa amal tau… sekali lagi.. jom tido… hahaaa


Sunday 31 July 2011

terfikir masa depan..

Teringat masa kem kursus TOT fc MJM UMT sesi 2011/2012.. di sebuah dewan yang besar, bermulanya Ice Breaking.. hati rasa tidak selesa juga time nak mulakan Ice Breaking, sebab ramai fc yang kebanyakan  daripada orang yang banyak pengalaman dan bakat yang jauh lebih baik dari saya. sebab untuk menyatukan dan menggembirakan semua fc yang berjumlah seramai 250 orang sangat susah dan tidak yakin.. dengan keberkatan yang diberikan oleh Allah, saya yakin ada di antara fc2 yang berpeluang berkenalan antara satu sama lain , dan masih berhubung antara  mereka..

WALAUPUN SAYA TIDAK LAYAK UNTUK MEMUASKAN HATI SEMUA ORANG, TAPI CUKUP DAN PUAS BAGI SAYA UNTUK MENGEMBIRAKAN HATI SESETENGAH ORANG SAHAJA.. 

seperti yang saya rumus haritu, kalau masih ada yang ingat, JADILAH SEPERTI SEORANG PELUKIS… KUMPULKAN SEBANYAK YANG MUNGKIN PENSEL DAN COLOUR UNTUK MEMBUAT LUKISAN KITA.. BARU KITA DAPAT MENYEMPURNAKAN DAN MEWARNAKAN LUKISAN KITA DENGAN PELBAGAI GAYA...  ELAKKAN MENJADI SEPERTI GELAS.. BILA AIR DI ISI SEHINGGA PENUH, AIR YANG AKAN DI ISI LAGI TIDAK AKAN DITERIMA DAN MELIMPAH KELUAR… (maksud saya, kumpulkan pelbagai pengalaman, ilmu, dan teknik daripada seberapa banyak guru, kerana kita akan mempunyai banyak pilihan saat kita memerlukannya nati.. jangan memilih siapa yang akan mengajar kita, asalkan ada kebaikan, ambil dan gunakan untuk diri kita..) 

semua orang mahukan kesempurnaan dalam melakukan apa jua perkara, namun, tidak semua orang akan dapat kesempurnaan daripada apa yang dibuatnya…


kenapa??? 

Sebab ada HIKMAH di sebaliknya.. ALLAH tidak melihat kepada hasilnya, tapi Allah akan melihat daripada usaha dan niatnya… contohnya,  bagi orang Islam.. try kita imbas kembali kisah Nabi Nuh a.s. baginda berdakwah selama 950 tahun tanpa henti, siang dan malam.. namun hasilnya adalah seramai lebih kurang 40 pasang 0rang dan haiwan sahaja yang beriman kepada Allah.. isteri dan anak pun tidak beriman… kalau Allah menilai dari hasilnya, pasti Nabi Nuh a.s GAGAL… TAPI… ALLAH MENILAI DARI USAHANYA YANG IKHLAS DAN SUCI…  so bagi sesiapa yang gagal jangan terlalu kecewa dan terus jatuh..  baiknya jika kita menggunakan kegagalan yang lepas untuk jadikan panduan dalam memperbaiki perkara yang akan datang..!!!!!









Dalam program ini, sukanya saya inginkan kongsikan perasaan saya bila melihat kawan2 saya (fc2) yang melaungkan lagu semangat (gemuruh dan warisan serta teman sejati) beramai2 dengan satu semangat dan wajah2 kegembiraan..
Tapi, kadang2 hati saya terfikir tentang masa depan… adakah adik2, anak2 atau generasi kita yang akan datang dapat mengecapi NIKMAT yang diberikan oleh kita semua pada hari ini.. terbayang dalam fikiran, apakah senario yang akan bermain kepada zaman generasi akan datang, adakah seperti GAZA atau PALESTIN pada hari ini???


(banyak maksud yang ingin disampaikan dalam ayat di atas.. tp banyak kelemahan yang menyebabkan tidak jelas.. perlukan fikran yang baik untuk memahami semuanya)...!! heheee



Saturday 16 July 2011

pengalaman menjadi amir.

teringat cerita lama2.. hehe... untuk semangat kepada anak2ku nanti..(jauh melayang nie).. saya mendapat pendidikan awal di sekolah rendah thailand.. saya terus dinaikkan darjah 1.. dalam hidup saya tiada taska, tiada tadika, tiada pasti n sebagainya seperti anda semua,.. bukan nak bangga..tapi nak katanya disebabkan saya berasal dari family yang berpendidikan rendah ja... dah la masuk darjah 1.. tapi masa darjah 1, tak pernah masuk kelas... sebab nak ikut pak saudara yang berada di darjah 2.. saya asyik tunggu dia di depan kelas.. kelas saya tak masuk.. hahaha... sistem pendidikan di thailand macam nie, kalau exam akhir tahun tak lulus, kita akan akan kekal di kelas yang sama.. contoh, tak dapat naik darjah 2 sebab gagal darjah 1.. macam mana dengan saya? asyik tunggu depan kelas pak saudara ja hingga akhir tahun.. bila keluar keputusan exam akhir tahun, saya layak naik darjah 2... entah macam mana boleh lulus.. rasa2 saya tak pandai pun.. membaca pun tak berapa nak boleh lagi... oh..lupa... ALLAH kan ada.. DIA la yang meluluskan saya... nasib baik... kalau ALLAH uji nak bagi gagal.. tak kan menangis saya..!!!! ahhaa.. saya teruskan belajar sehingga darjah 3.. and then saya berpindah ke sekolah malaysia (rantau panjang kelantan) sebab takde surat beranak thai..tak dapat nak teruskan.. bermula darjah 3 hingga darjah 5, saya belajar di sekolah rendah keb rantau panjang 2..
                                                     sek keb sri rantau panjang 2
darjah 6 saya berpindah ke sek ren keb gual tinggi (rantau panjag).. di sekolah rendah, saya merupakan pelajar yang sangat2 pasif dalam akademik... tapi aktif dalam kedegilan.. ehhehe... semasa darjah 6, saya diberi kesempatan oleh ALLAH, dilantik oleh ustaz untuk menjadi pembaca doa tiap2 pagi dan ptg khamis... itu ja yang baik saya dapat buat masa sekolah rendah... tp.. pengalaman juga la kan.. ehheee....

teruskan dengan sekolah menengah kebangsaan rantau panjang kelantan.. semasa berada di tingkatan 1 hingga 3.. saya hanya merupakan pelajar biasa.. saya tinggal di asrama rantau panjang.. semasa membesar di asrama, banyak pengalaman, ilmu, pengajaran, dan  erti kehidupan yang dapat saya kumpulkan di situ.. pergaulan dapat mendewasakan kita sebenarnya.. orang kata kena pandai pilih kawan, bagi saya, kepandaian memilih kawan tidak ditekankan sangat, cuma kekuatan dalam diri semasa berkawan tu perlu ada.. contohnya???? macam nie, dengar baik2 ya anak2ku..ehehe... saya pernah berkawan dengan kawan yang nakal, kurang baik la katakan.. yang baik pun ada.. ok, semasa berkawan nie, ada sorang kawan saya, ajak saya tidur di rumah neneknya.. kat situ, kawan2nya sangat ramai.. saya pun turut serta la.. takkan duk diam ja kan.. mesti la kena pandai bertegur and membiasakan diri.. malam tu, kami pergi ke rumah buruk, saya hanya ikut sahaja.. apa yang mereka buat??? mereka meghisap dadah di dalam rumah.. habis tu, saya nie macam mana? tak kan tak nak ikut serta???? nanti diorang kata apa pulak kat saya... memang benar, diorang nie tak kedekut tau, semasa diorang sedang hisap dadah, mereka ada la nak bagi kat saya.. (mungkin diorang ingat saya nie penagih sama ngn dia) ehhee... ada gaya penagih ke muka aku nie????? huhu.... ok. lepas tu, apa yang saya buat... orang dah bagi.. barang free... ambil ja la.... ehh.... tak mungkin la... saya pun cakap la... saya tak hisap.. rokok pun tak hisap... dia kata, ohhh bagus.. sambil2 dia menghisap tu, sempat lagi dia berpesan jangan la cuba benda nie.. bagus jugak mamak nie, sambil buat maksiat, sempat lagi berdakwah... mudah-mudahan ALLAH dah buka hatinya dengan hidayah dan inayahNYA.... saya pun dah tak knal dia sekarang.. lepas haritu tak jumpa2 daaa... itu la nak kata, kawan tak kisah dengan sapa2, janji pandai bawak diri.. klu boleh dakwah dia berhenti menagih lagi bagus kan.. ehehehe.. tapi, bukan dengan orang macam ni saja saya berkawan, saya pernah bersama dengan orang yang alim, maulana, orang yang khatam belajar tentang keempat2 mazhab.. kalau nak tanya pasal mazhab2, dalam dada dia ja.. hebat kan dia.  dia ja, saya tak pun... ok... apa nie?? berbalik kepada tajuk kita pada hari ini, pengalaman menjadi amir.. 
semasa tingkatan 4 hingga 5, saya banyak main la... bermain ja tahu.. tp ada juga la benda baik yang dapat buat... budak membesar di asrama kan, ada masa jadi kurang baik, ada masa jadi baik... selalu jugak kena denda dalam asrama.. huuu.. liku2 kehidupan.. hehehe.. ok.. selepas tu, saya teruskan belajar di tingkatan 6, masih lagi di rantau panjang.. kenapa tak pergi matrik? kenapa tak masuk u terus macam orang lain? sebab itu ja yang mampu saya dapat... bukan tak cerdik anakku, tapi sebab banyak main.. (spelek) ehehe.. semasa tingkatan 6, saya mula menjadi pelajar yang memainkan peranan sebagai seorang pelajar... kenapa? sebab saya fikir, kalau saya tak dapat masuk u lepas nie, tak kan nak duduk umah je kan.. so belajar la, bersungguh sedikit dari yang lepas2.. pengalaman yang lepas menjadi panduan masa sekarang.. semasa tingktan 6 rendah, saya telah dipilih menjadi ketua persatuan tingkatan enam (PERTEM),
                                                     warga pendidik smkrp


            eh,eh.. ada jugak teacer?? hee dia antara yg femes kt smkrp..


                                             nie sekolah rp waktu banjir
                                                fuuuu............................ sejuknya.....!!!!


dalam masa yang sama, saya juga merupakan seorang pengawas sekolah.. ketika ini, saya telah pergi satu seminar anti-dadah peringkat negeri kelantan, seramai 100 orang lebih yang terdiri daripada ketua-ketua pelajar sekolah menyertai program ini.. dalam program ini, seramai 12 orang yang terbaik akan dipilih untuk mewakili negeri kelantan ke SANTUBONG, SARAWAK.. bestnya kalau dapat pergi kan,, boleh naik belong... ehehe.. alhamdulillah... rezeki TUHAN bagi, saya layak dipilih untuk ke sarawak.. waaa.... teruja juga masa tu, ye la.. boleh naik belong free kan... ;-)  
                                            sukanya... baru lepas naik belong.... huhuhu
banyak pengalam yang dapat saya terapkan di sana bersama orang2 yang hebat.. saya je orang yang paling kerdil masa tu, tak pandai apa2 pun.. huu.. selepas balik dari sana, saya dapat rasakan perbezaan kepada diri saya, saya semakin aktif dan tidak takut untuk bercakap di depan khalayak ramai.. (walaupun hati dah nak hancur) hehe.. 
                                                    ....ini antara yang terpilih.. 
                                            saya dan kawan rapat saya bersama pegawai
semasa di tingkatan 6 atas, saya telah di pilih menjadi ketua pengawas sekolah.. walaupun pada awalnya saya tolak mentah2 jawatan itu, sebab saya dapat tahu ketua pengawas sekolah saya tidak dapat masuk u, kerana kesibukannya.. tapi melalui undian semua pengawas, nama saya juga yang naik, so terpaksa menerima tugas itu.. (ALLAH DAH TETAPKAN)... tapi masa tu, apa yang bermain di fikiran saya adalah, saya bimbang saya tidak dapat masuk u.. kerana selama 5 tahun ketua pengawas sekolah saya tidak dapat masuk u.. cikgu2 juga mengharapkan supaya saya dapat memecahkan record sekolah supaya ketua pengawas kali ini (saya) dapat result yang tinggi dan masuk u.. memang banyak cabaran dan tekanan jugak la.. dalam memegang jawatan ini, kawan2 banyak membantu saya dalam melancarkan program di sekolah seperti sambutan hari guru, hari merdeka dan sebagainya. thanks all frenz....... setelah tamat pengajian di sekolah, saat2 result keluar, saya lah orang yang tak boleh nak tidur malam, takde selera nk makan nasik n tak berdaya nak keluar rumah.. takut sangat2 tak dapat merealisasikan hasrat semua orang termsuk ibu, guru2 n kawan2.. alhamdulillah.... ALLAH telah menolong saya, saya mendapat pointer 3.42 dan layak untuk masuk ke u.. sikit ja pointer saya kalau nak bandingkan dengan kamu semua.. tapi itu dah satu nikmat bagi saya.. syukur apa yang ada.. hehehe.. saya bersyukur sangat2 kerana dapat meninggalkan setitik kenangan pada zaman sekolah saya.. 
                                                           bersama guru pengawas
                                               majlis tertinggi pengawas










                                                                           
sekarang saya telah menuntut di universiti malaysia terengganu (umt), saya dapat sambung belajar dalam bidang sarjana muda kaunseling.. nak diceritakan lagi anak2ku.. ehehe.. takdir Illahi, sekarang saya telah dilantik menjadi majlis perwakilan pelajar (mpp) dengan mendapat undian tertinggi dalam fakulti saya.. di saat ini, sangat banyak pelunag dan ruang yang ALLAH sediakan kepada saya untuk mengumpul seberepa banyak ilmu kepimpinan, pengalaman dalam organisasi, mengenal erti tinggi dan rendah kebolehan saya bila memegang jawatan ini. baru saya tahu, bukan mudah nak jadi pemimpin yang baik untuk semua orang.. masih terbayang kata2 president saya, kalau nak jadi pemimpin, bukan sekarang baru nak bersedia, tapi sebelum ini lagi kena bersedia... bukan nak bangga dengan apa yang ada.. tapi nak bagi tahu betapa beratnya menjadi seorang yang memegang amanah.. saidina umar al-khattab berkata, semasa beliau menjadi amirul mukminin, kalau ada unta/kuda yang terjatuh semasa berjalan akibat jalan yang rosak/berlubang, aku akan menjawab di hadapan ALLAH di akhirat kelak.. berat kan jadi seorang pemimpin... di hari ini, sangat ramai yang ingin menjadi pemimpin, tapi tidak pasti mereka terfikir atau tidak betapa besarnya amanah yang akan dipimpin... perjalanan saya masih panjang, semoga saya berada dalam keredhaan ALLAH dan dipimpin ke jalan yang benar.. amiiiin...! semakin berisi padi, semakin kebawah tunduknya.... 



habis sudah...........................!!!

Thursday 14 July 2011

ceritaku

Sebelum masa sekarang, mesti ada dulu2 kan.. so, saya nak kongsi kisah hidup saya yang terdahulu sehingga sekarang.. mungkin tak boleh nak cerita secara detail.. tapi ringkas2 pun jadi la.. boleh jadi panduan untuk generasi akan datang.. heheehe..  dengar cerita daripada umie and nenek2 saya la.. saya dilahirkan di rantau panjang kelantan, dekat umah je.. tk bersalin di hospital pun tkpe zaman dulu.. so, dengan keizinan yang Maha Pengasih, saya dilahirkan pada 7 mac 1989, hari selasa kalau tak silap.. dengar cerita waktu pagi. dalam pukul 4 pagi lebih2... malas nak tgok surat beranak, ingat2 je la.. hehe.. saya nie kacukkan tau.. umie asal thailand, abah asal malaysia.. tak bersohor pun.. sama aja la.. uhuhhu... disebabkan saya sudah mempunyai 3 orang kakak, umie and abah saya nak sangat anak yang ke 4 nie bergenderkan lelaki sejati.. fuuhh... bila doa mereka dimakbulkan, seorang putera dilahirkan yang diberi nama mohamad afizan bin ghazali, dengar kata bukan parent saya yang bagi nama, nama diberi semasa nak buat surat beranak, entah ketua balai polis mana yang bagi nama.. ada ke patut nama saya disuruh orang lain bagi?? hehehee tp ok jugak kan... orang dulu2 mana kisah sapa2 nak bagi nama, asalkan jangan ambil anak dia sudah..;-) semasa saya dilahirakan, pada masa yang sama Allah menarik nafas nenek kepada abah saya.. sedih kerana kehilangan neneknya dan gembira kedatangan saya.. semua itu ada hikmah disebaliknya kan.. bijaksana sugguh Allah... saya dibesarkan dengan penuh kasih sayang.. maklum la kan.. anak bongsu.. dapat laki pulak tu.. ceeewaaahhhh poyonya aku.. astaghfirullah... semasa aku berumur 3 bulan, abahku pula pergi selama-lamanya,.. macam mana aku nak tengok wajah kesayangan abahku erk? aku masih kecil masa tu.. 3 bulan tak ingat apa2.. haa.. umie cakap, klu nak tengok muka arwah abah, tengok la muka saya.. sama sebiji.. nenek saya pun cakap macam tu juga.. orang kampung saya pun cakap macam tu jugak.. waa.... hehehee.. selepas abahku meninggal.. umieku membuat keputusan untuk pulang ke tanah air (thai).. macam mana dengan anak2??? umie nak bawak semua.. tapi nenek saya (mak kpada abah saya) nak jaga kak long saya.. ayah sue saya( adik abah saya) nak jaga kak ngah and kak cik saya.. diorang tak nak umie saya bawak balik semua takut terputus hubungan, umie saya masa itu dengan emosi tak tentu arah hidup sorang diri kehilangan suami di tempat orang.. umie saya terima keputusan di atas.. saya macam mana??? mesti la umie saya yang jaga, sebab kecil lagi.. mana mungkin nak berpisah dong... huhu... pendekkan cerita, saya pun dibesarkan di thailand.. setiap kali raya dan cuti sekolah, umie saya akan jemput kakak2 saya balik bercuti di thai bersama saya..hubungan kami tak pernah putus walaupun berlainan negara.. hahaa.. saya sempat sekolah di thailand sehingga darjah 3 tau.. tp tk boleh nak teruskan kerana tiada surat beranak thai.. terpaksa la merayu kat malaysia nk sekolah di rantau panjang kelantan.. ehheh... masuk darjah 3 tanpa mengenal huruf... kurang cerdiknya diriku.. hahaa.. bukanla, sebab sekolah thai guna tulisan thai.. kurang diberi pendedahan bahasa rumi.. pendekkan lagi ceritanya, saya meneruskan alam persekolahan sehingga tingkatan 6 di rantau panjang.. selepas berjaya masuk ke menara gading.. tahun pertama di menara gading, umie saya pula pergi meninggalkan saya selama2nya... abah dah pergi... umie pun pergi... kakak semua duduk jauh ngn saya.. habis tu, saya nak bergantung kepada siapa? nak tinggal dengan siapa? fuuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhh..... jangan difikirkan banyak.. ALLAH kan ada.. Dia buat saya, Dia buat mak ayah saya... pandai la Dia nak jaga saya kan.. alhamdulillah...  sekarang umur saya dah 22 tahun.. nak masuk 23 tahun dah... cepatkan masa berlalu... hidup mesti diteruskan selagi diberi kesempatan... jangan mengeluh kerana tiada kasut, sebelum  melihat insan tiada kaki....
                                           nie saya ngn atuk di kg thai
                     nie kak long and abg long, happynyer dia!!
                         nie mak saudara umie saya, (nenek sdaraku) ms kecik2 aku selalu diberi susu dadanya yang dah kecut.. hahaha (malunya)
                                         nie nenekku sebelah ibu.. (mek sngat sporting) ehhee
                                          nie makngah and pakngah.. (adik umie)
                                                       nie kak ngah ku...                    
       kepada kak cik, nenek sbelah abah jgn kecil hati ya, nti ada gmbar, jan masukkan gmbar kamu semua.. eehhehe
                          

Terdetik Hatiku

setiap kali mencari sesuatu di dalam google, asyik keluar blog jer...
 kenapa erk? laaa.... patut la... baru ada jawapan, rupa-rupanya Allah nk buka hati saya untuk adakan blog juga... mugkin bagi orang yang dah ada blog, lucu bunyinye.. kenapa? ye la.. orang lain dah lama dah ada blog.. saya baru nk mula... ketinggalan zamannya budak nie.. huhu.. tkpe la.. yang cepat tak pastinya sampai dulu, yang lambat tak pastinya ketinggalan... apa tu? entah la.. mengarut aja... ok la.. teruskan.. saya terdetik hati nak buat blog sangat2... sejak mengikuti perkembangan blog-blog orang lain.. rasa banyak ilmu yang dapat dari mereka.. so.. rasa sangat2 nak buat blog sendiri.. semangat nie bertambah bila ada orang menyokong..ehhehe mungkin dengan kewujudan blog saya, saya akan lebih mudah untuk membaca dan mengarang.. untuk siapa erk semua nie.. tkde untuk sape2, untuk diri sendiri n orang yang sudi membaca ja.. mungkin boleh jadi coretan hidup saya... waaa... dah panjang la.. maaf la, panjang tapi tak teratur.. biasala.. budak baru belajar.. thanks Allah kerana izinkan saya buka blog, thanks awak.. ajar saya.. thanks.... thanks.... thanks..... itu ja yang mampu...