Friday 18 May 2012

apa hebatnya solat di awal waktu?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.


WAKTU SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGHRIB


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

QIAMULLAIL

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.


ampuni dosa2ku ya Allah...
Moral of the story: Ingatkan aku tentang solat!^^,

Sunday 6 May 2012

aku curang kerana facebook

realiti zaman sekarang
Dikisahkan seorang pemuda soleh, Sidiq
berkahwin dengan seorang wanita solehah, Anisah. 
Mereka berdua berasal
dari keluarga yang beragama, terpandang dan mulia. Kedua-dua belah pihak merasa
sangat berbahagia dan bersyukur kepada Allah SWt. kerana telah
dikurniakan pasangan yang sesuai dan berpadanan dengan hati. Hari-hari yang
mereka jalani penuh dengan keceriaan dan kemesraan.

Sidiq kesehariannya bekerja di luar rumah. Ia keluar pada pagi
hari dan pulang pada petang hari. 

Anisah tinggal di rumah sendirian. 
Untuk menghibur hati sang isteri dan teman dikala kesepian Sidiq membelikan Anisah komputer. 
Komputer tersebut diletakkan di dalam bilik dan
disambungkan padanya internet. Awalnya Anisah tidak tahu apa-apa
tentang komputer. Sidiqlah yang mengajarkan cara penggunaan komputer.
Hingga pada akhirnya Anisah sudah biasa menggunakan komputer sendiri
dengan baik.

Sehabis menyelesaikan kerja-kerja rumah, Anisah memanfaatkan waktunya
didepan komputer, mengakses berita dan mengikuti perkembangan dunia
Islam. Waktu pun terus berjalan dan kehidupan mereka tetap harmoni dan
tenteram. Sehingga sampai pada suatu hari, Anisah masuk ruang chating
dan disanalah ia mulai berkenalan dengan banyak orang. Pada mulanya, hanya
tanya jawab tentang nama, tempat tinggal, sehingga kerana sudah
keasyikan pembicaraan menjadi panjang dan lebar. Telah banyak teman dan
kenalan Anisah di ruang chating. 

Dan setiap hari sehabis pekerjaan
rumah, Anisah lebih banyak menghabiskan waktunya untuk chating.

Hingga pada suatu ketika, Anisah berkenalan dengan seorang pemuda di ruang chating, namanya Fatih. 

Chating mereka lakukan dengan menggunakan kamera. Sehingga di antara mereka saling melihat. 


Awalnya perbincangan mereka hanya berkisar tanya nama, tempat tinggal dan lain-lain. 
namun chating ini terus berlangsung setiap hari. Sehingga timbullah rasa suka
dihati Fatih pada Anisah. Ia mulai bermanis kata dan merayu. Fatih
mulai berkata-kata yang membuat tersentuh hati Anisah. Setan pun tak
tinggal diam. Membisikkan ke dalam hati Anisah hal-hal yang tidak baik.
Anisah berusaha untuk menolak dan melawannya. 

Namun kerana mereka chating setiap hari, dengan saling melihat, akhirnya sedikit demi sedikit timbullah dihati Anisah perasaan suka pada Fatih. Sebenarnya Fatih menyukai Anisah hanya kerana kecantikan wajahnya saja, rasa suka
yang berlandaskan pada hasrat nafsu. 

Dan akhirnya Anisah juga terpedaya dengan kata-kata dan ketampanan Fatih yang menjadi teman chatingnya setiap hari tersebut.

Chating itu pun terus berlangsung. Dan Sidiq tidak menaruh curiga
pada Anisah. Kerana ia sangat percaya pada Anisah. Dan Anisah pun
sangat pandai menyimpan rahsia. Namun sesuatu yang busuk bagaimanapun
pintar menyimpan akan ketahuan juga baunya. Akhirnya Sidiq mulai curiga
dengan gelagat Anisah, sehingga setelah ia selidiki akhirnya ia
mengetahui bahawa Anisah telah menjalin hubungan gelap dengan seorang
pemuda di ruang chating.



Sidiq sangat marah dan akhirnya ia menjual
komputer tersebut. Dan memperingatkan Anisah untuk segera bertaubat pada Allah swt. dan meninggalkan pemuda tersebut.
 



Anisah pun mengakui
kesalahannya.

Namun, kerana hati telah diberikan pada syaitan dan hawa nafsu selama
ini, Anisah merasa masih sukar menghilangkan bayangan Fatih dari
fikirannya. Hatinya telah terpaut pada Fatih.

Sehingga tanpa diketahui oleh Sidiq, Anisah menghubungi Fatih lewat telefon.
Ia menceritakan apa yang terjadi dengan dirinya pada Fatih dan tentang perasaannya pada
Fatih. Rupanya Fatih telah berjaya menjaring mangsanya. Ia pun memanfaatkan kesempatan tersebut, ia mulai merayu dan menggombal. Ia berkata,

"Kalau kamu menyukai dan mencintai saya, tinggalkanlah suamimu!
Minta cerailah darinya! Saya akan datang untuk melamarmu dan kamu akan
hidup tenteram dan bahagia dengan saya. "

Anisah yang telah goyah dan lemah imannya ini mulai terpedaya dengan
pujuk rayu dan janji-janji Fatih. Ia telah dipengaruhi oleh syaitan dan
nafsu, ia lebih memilih Fatih dari pada suaminya. Anisah tidak sedar
bahawa syaitan dan nafsu sedang menipunya dan ingin menghancurkan dirinya
dan kehidupan rumah tangganya.


Akhirnya, Anisah minta cerai pada Sidiq. 



Dan terjadilah perceraian
yang tidak diharapkan tersebut. Anisah pulang ke rumah orang tuanya.
Keluarganya sangat menyesalkan perceraian tersebut. Dan Nabi Anisah
berkaitan dengan Fatih. Fatih sering datang ke rumah Anisah dan
kadang-kadang mengajaknya keluar rumah, dengan kereta mewah yang dimiliki
Fatih.

Hari dan minggu terus berganti, namun Fatih belum juga melamar
Anisah. Mereka masih menjalani pacaran. 

Sampai pada suatu malam, Fatih mengajak Anisah menginap di sebuah hotel dan pada malam itu terjadilah perselingkuhan, terjadilah hubungan yang diharamkan oleh Allah swt.,
mereka berzina.
 



Mereka telah dikuasai oleh hasrat nafsu dan syaitan.

Hari dan bulan terus berganti, tapi Fatih belum juga datang untuk
melamar Anisah. Anisah sangat gelisah dan tidak boleh tenang, ia selalu
diberi janji yang tak pasti. Dan sampai pada suatu hari Fatih berkata
pada Anisah,

"Wahai wanita yang hina, apakah engkau mengira aku akan berkahwin
dengan wanita seperti dirimu, tidak akan pernah! Aku tidak akan mahu
berkahwin dengan wanita murahan seperti dirimu. Engkau tidak lagi
berharga, engkau adalah wanita kotor dan hina, engkau tidak layak
berkahwin dengan pemuda ternama seperti diriku. Aku yakin, kalau
sekali sudah berkhianat, kelak engkau melakukan khianat, lagi. Kalaupun engkau
kunikahi, kelak bila engkau bertemu pemuda yang lebih ganteng dan lebih
kaya dariku pasti engkau akan meninggalkan diriku, sebagaimana engkau
telah meninggalkan suami mu yang baik-baik itu. Dan aku tidak mahu hal
itu terjadi pada diriku, sekarang pergi engkau dari sisiku! Jangan
temui aku lagi, aku tidak mahu lagi melihat mukamu, aku sudah muak
dengan dirimu. "


Anisah pun berlalu pergi dengan membawa luka mendalam di hatinya.
Hidupnya telah hancur. Masa depannya telah gelap. Ia telah salah selama
ini menilai. Ia telah tertipu dan terpedaya. Penyesalan tidak ada lagi
gunanya. Kembali pada suami yang pertama, tak akan mungkin suaminya mau
menerima dengan keadaan dirinya saat ini, kembali kepada keluarganya, ia
merasa malu, ia tidak tahu harus melangkah ke mana dan mengadu pada
siapa. Hanya kepada Allah swt. Mengadukan segala kelukaan dan kesalahan
yang dilakukan selama ini. 

Anisah telah menyedari kekeliruannya dan
sangat menyesal atas apa yang telah ia lakukan. Tapi, semuanya sudah terlambat.

***

Kisah diatas telah memberi kita pelajaran berharga, pelajaran yang
sangat berguna dalam kehidupan kita. Bagaimanapun baik dan solehnya
seseorang namun ia tidak akan boleh selamat dan boleh memelihara dirinya
jikalau ia sendiri telah memberikan dirinya untuk di belenggu syaitan
dan hawa nafsu. Kisah diatas hanya satu dari puluhan dan bahkan lebih,
dari kisah-kisah yang pernah terjadi. Betapa sering hubungan rumah
tangga retak dan pecah kerana tidak terkontrolnya dan terjaganya

interaksi dengan lawan jenis.

Dipetik dari: Dunia macam macam facebook.

Moral of the story: Jangan sibuk sangat dengan dunia luar... sibuk dengan pasangan hisup takpe... 
muamalat lelaki dengan perempuan still kena jaga walaupun dah berkahwin... syaitan sentiasa menghasut manusia... renungkan2...

Wednesday 2 May 2012

kamu berkahwin kerana apa...?

KAMU BERKAHWIN KERANA APA..... ???

Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEKS, maka pasangan rajin bertengkar jika… Servis di kamar tidur tidak memuaskan .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrup .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik , tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI.



Moral of the story: Niat lah nak kumpul sebanyak pahala yang mungkin dalam rumahtangga... barulah rasa bermakna je setiap perbuatankan?? *'Awak' kena ada niat yang sama dengan i taw...hahaha ^^, peace, mood berangan sorang2.



Sila share... from: Dunia macam macam facebook.