Wednesday, 1 January 2014

Dia Dah Hampir

Assalamualaikum Semua..

Apa khabar.. harap2nya semuanya khabar baik dan sentiasa diberikan hidayah oleh Allah.. termasuk juga diri saya yang lemah ini..

Pada kali ini.. saya ingin menyentuh perkara yang ditunggu2 oleh setiap Umat Islam atau manusia yang mempunyai nilai harmoni yang sangat tinggi..

Maksud saya di sini adalah menunggu saatnya keamanan seluruh dunia ini. Ye la.. apa yang kita tahu.. hampir seluruh dunia sedang berperang senjata. perang harta, dan perang pendapat. contoh perang senjata adalah syiria, afganistan, iraq, iran, dan mesir pun hampir tiba. Perang harta adalah negeri2 yang sentiasa berperang atau bergaduh dengan nilai rasuah dan penyelewengan harta dan termasuk juga negeri yang sedang mengalami kemiskinan. Perang pendapat pula seluruh dunia berlaku iaitu perbezaan pendapat sehingga menyebabkan umat ini berpecah2..

Dalam hadis Nabi pernah disebut. Umat aku akan berpecah kepada 73 pecahan. 1 akan masuk syurga. 72 lagi akan masuk neraka. (saya lupa sanad dan diriwayatkan dari siapa, maklumlah orang jahil berbicara, cuma atas inisiatif menyampaikan perkara yang benar, bagitahu juga la kan.) kalau nak tahu secara sahih sanad hadis atau perawinya. boleh rujuk buku hadis dan mengadap orang yang lebih alim lagi.

Berbalik kepada perang pendapat tadi. seluruh dunia berlaku perang pendapat ini sehingga menyebabkan terdapat beberapa kaum. ada kaum yang benar dan kaum yang  tidak benar. kalau fikir secara dekat adalah di Malaysia.. Telah berpecah kepada beberapa parti. sehingga ulama pun berpecah untuk saling backup group masing2. kalau nak fikir secara menyeluruh perpecahan antara Umat Islam yang berpegang dengan sunnah wal jamaah dengan muktazilah,syiah,yahudi,ajaran sesat dan banyak lagi.

Secara kesimpulannya di sini.. keadaan dunia sekarang ini sudah berada dalam keadaan berpecah belah.. paling dibimbangi adalah perpecahan Umat Islam. dengan sebab ini.. maka ramai manusia inginkan kesatuan.. ingin melihat manusia itu bersatu semula seperti bersatunya pada zaman Nabi Muhammad S.A.W.

Pada pandangan saya.. Untuk bersatu pasti dan wajib memerlukan seseorang yang menggerakkan supaya manusia dapat bersatu semula di bawah matlamat yang sama, niat yang sama, tujuan yang sama, cara yang sama, dan kaedah yang sama untuk menjadi 1. Siapakah yang akan menjadi perantara atau medium untuk menyatukan kesemua ini seluruh dunia? supaya dunia menjadi kembali aman.. kembali suci dari rasuah.. suci dari fitnah.. suci dari kezaliman.. suci dari semua sudut.. siapakah yang layak???  tidak lain dan tidak bukan.. kita mesti persiapkan diri untuk menerima kehadiran orang ini.. apabila dia datang.. dia akan menegakkan semula ke arah yang satu tadi.. dunia akan menjadi aman semula.. tapi orang2 yang mengikut dia hanyalah yang layak juga.. tiada syirik, tiada kepentingan dunia dalam diri, tiada riak. tiada takbur. tiada hasad, dan amalan yang wajib tidak ditinggalkan.. amalan yang lain tidak dilupakan.

Dia yang dimaksudkan ialah Imam Mahdi..

Semua Umat Islam di akhir zaman mseti mengetahui tentang Imam Mahdi.. kerana kedatangan Imam Mahdi akan menjadi menyebabkan kita selamat dari azab Allah. Mungking juga kita akan lenyap dengan kemurkaan Allah akibat tidak menurut Imam Mahdi (nauzubillah).

Ini salah satu tempat yang boleh dipeljari.. klik link di bawah ini.. semoga berguna. sekian terima kasih.

1 comment: