Saturday 31 May 2014

Selamat Pengantin Baru Buat Isteri Tercinta.

Sebenarnya.. entri nie saya tulis sebulan sebelum akad nikah.. selepas baca daripada buku yang ditulis oleh Ebit Lew. Cara tulisnya bukan menunjukkan menggunakan ayat sendiri. ibarat copy pasted. tapi ia sangat bermakna. jika baik. amalkan.. jika salah, tegurkan. (Saidina Umar pernah berkata, aku paling sayang kepada orang yang menegur tentang kesalahan diriku). 
  1. seorang wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang wali.
  2. seorang wanita jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki jahat.
  3. dua rakaat solat yang dikerjakan oleh wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita tidak hamil.
  4. wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada tiap-tiap susu yang diberikannya. 
  5. apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih, lalu si isteri melayan suaminya dengan baik akan dikurniakan pahala jihad.
  6. seorang isteri yang berjaga malam kerana menjaga ahli keluarganya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  7. isteri dan suami yang melihat pasangannya dengan kasih sayang, maka Allah akan memandang mereka dengan pandangan rahmat.
  8. wanita yang mendorong dan menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah, kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan akan menjadi ketua kepada 70 ribu malaikat dan bidadari. wanita itu akan dimandikan dalam syurga dan akan menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata yaqut.
  9. wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari akan diampunkan oleh Allahakan seluruh dosanya. kemudian apabila dia menghiburkan hati anaknya Allah memberinya 12 tahun pahala ibadat.
  10. wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan Bismillah didoakan oleh binatang itu dengan keberkatan.
  11. wanita yang menguli tepung dengan Bismillah Allah akan berkatkan rezekinya.
  12. wanita yang menyampu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyampu Baitullah.
  13. wanita yang menjaga solat, puasa, dan taat pada suaminya maka Allah akan mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.
  14. pahala bagi wanita hamil seperti berpuasa pada siang hari, dan seperti beribadat pada malam hari.
  15. wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa. manakala setiap kesakitan pada uratnya akan diberi pahala satu haji.
  16. sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin akan dikira sebagai mati syahid.
  17. seorang wanita yang menyusukan anaknya menangis di waktu malam dengan sabar, dia mendapat pahala satu tahun solat dan puasa. 
  18. seorang wanita menyusukan anknya suku tahun maka malaikat di langit akan datang membawa khabar gembira bahawa syurga wajib baginya.
  19. wanita yang mengurut suaminya tanmpa disiruh akan mendapat 7 dulang emas manakala setelah diminta akan mendapat pahala 7 dulang perak.
  20. wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan masuk syurga.
  21. seseorang wanita yang solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
  22. seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang sedang marah, Allah beri padanya setengah pahala jihad.

Rasulullah S.A.W. bersabda: Seorang wanita yang redha mengandung bayi hasil perhubungan dengan suaminya yang sah dan suaminya pula redha kepadanya, maka Allah akan bagi ganjaran pahala puasa fisabillah. bila dia merasa sakit ketika hendak melahirkan anak, Allah akan tambah lagi pahala yang tidak terkira oleh manusia kerana terlalu banyaknya. apabila telah melahirkan anak dan menyusukan anaknya sendiri, maka Allah akan bagi satu kebajikan setiap teguk susunya. jika dia semalam tidak tidur kerana menjaga anaknya yang menangis, sakit dan sebagainya. maka Allah berikan lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam fisabilillah dengan ikhlas. ( hadis riwayat hasan bin sofwan, at tabarani, ibnu asakir)

Mengenai layanan terhadap suami. Rasulullah S.A.W bersabda kepada anknya Fatimah yang bermaksud: ' mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyakkan rambut suaminya, menyikat janggutnya, menggunting misai, memotong kukunya, maka di akhirat dia diberi minum oleh Allah daripada air syurga dan dia diringankan seksaan ketika Sakratulmaut, dalam kubur dia perolehi taman-taman syurga dan namanya dicatat sebagai orang yang terlepas daripada seksa neraka dan selamat melintasi titian sirat tanpa menempuh kesusahan. ( petikan daripada pesanan buat wanita oleh ulama besar Syed Ahmad Khan)