Friday 20 July 2012

Ramadan 2012

Syukur...masih diberi kesempatan untuk bertemu bulan mulia Ramadan....

Ramadan 2012 alhamdulillah dapat sambut di rumah sendiri... tahun lepas busy sket and rasanya beberapa hari je puasa kat rumah...

Selamat mennyambut Ramadan yer... jom sama2 kumpul pahala...



Sehari sebelum Ramadan, ustaz ada baca hadith...isi nya macam ni, nabi Muhammad saw bersabda, siapa gembira Ramadan datang and baca Al-Fatihah 3 kali, Allah tak bagi mata dia sakit sebulan....

Jadi sahabat2, mari kita sambut Ramadan kali ini dengan amal ibadat...semoga segala ibadat diterima Allah swt.

Moral of the story: Sambutlah tetamu istimewa ini dengan bersungguh2~

Saturday 14 July 2012

bahagia siapa jadi isteriku

hello3...lama dah tak update myblog...xde internet connection la...kalau tak, dua hari skali aku update...kehkehkeh...

Tak tahu nak update tajuk ape...tapi tengah2 tengok2 jenguk2 homepage fb, jumpa satu artikel menarik...so, letak kat cni untuk share and untuk aku jadikan rujukan suatu hari nanti...
 
Nota kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus di Surau Pak Tuyu. (13/07/2012)

- Kitab Muhimmah -
" Masalah yang ditimbulkan Isteri "

1. Diriwayatkan isteri Nabi pun lawan ckp Nabi,apatah lg kita ni..wanita diciptakan dari tulang rusuk yg bengkok,tidak lurus..bila bernama isteri,suamilah yg akan mjaga,bagi nasihat dan buat teguran.


2. Bila salah cakap sikit merajuk,silap gurau sikit menangis,kalau dia yg salah cakap takpe pulak,selalu nak betul..terima sajelah karenah isteri,kalau tak ikut tak berbinilah kita.


3. Bertolak ansur dan ikutlah dlm perkara yg remeh,jgn lawan belaka..tp jika dia buat perkara yg salah disisi agama barulah kita lawan.


4. Orang yg paling baik dan beriman adalah orang yg paling baik pada isteri serta anak-anaknya kata Rasulullah.


5. Sayangilah isteri dgn cara yg betul,tegur isteri jika dia tak ikut perintah agama.


6. Wajib bg nafkah utk isteri makan dan minumnya dua kali sehari,kalau lebih itu lg baik..itu tanda sayang seorang suami pada isterinya.


7. Orang yg sayang isteri sentiasa bg hadiah utk isterinya,sentiasalah bg buah tangan kalau pergi mana-mana..ingatlah selalu padanya,biar dia senang hati selalu..ini tidak kalau makan kat kedai suami mkn tomyam,bungkus kat isteri roti canai je.


8. Biar isteri makan sedap-sedap lebih dari suami,pasal dia bini kita..byk susah payah yg dia lakukan utk kita,lahirkan anak kita,besar jasa isteri pada suami.


9. Bila dah beranak susah payah pulak nak didik anak-anak kita,bg la hadiah biar suka hati selalu..tanda kasih sayang kita padanya.


10. Jika sayang pada isteri jgn la bg dia buat kerja rumah selalu,biar dia byk rehat..bg cuti kat dia.
hahahaha...xde la sampai aku kena jadi househusband...sikit2 bleh la tolong...aku ni pemalas jugak.



11. Jgn disebabkan satu perangai buruknya kita membenci isteri,lg byk benda baik yg dia lakukan utk kita b'banding keburukan..jgn sesekali hanya pandang pd kekurangannya.


12. Bila isteri buat silap,tegurlah..jgn hukum selalu,isteri ada kebaikkan dan kelemahannya..normal la tu.


13. Kena molek isteri comel doh tp dok pandai masak,putih leput doh kentut busuk pulak..ada lebih dan ada kekurangan.


14. Tgk pada buku resepi macam-macam jenis,nangis-nangis suruh belikan buku resepi tp makan kat kedai semacam..eksyen je lebih.


15. Isteri yg dikurniakan pada kita tu memang dah sesuai utk kita,Allah yg jodohkan kita..terimalah segala kekurangan isteri,mungkin itu kafarah utk dosa-dosa kita sebelum ini.

16. Tak mencabarlah sesebuah rumahtangga itu jika isteri jenis diam je,tak m'bebel langsung atau b'tengkar dgn kita..tak seronok..kalau isteri suka m'bebel barulah seronok dlm rumahtangga ni.
kalau bebel banyak sangat,ni lah akibatnya!!!!! hahahahha~
17. Nabi kita kata jgn sesekali sepak terajang atau maki hamun isteri..malam-malam kita ajak tidur ngan kita pulak.


18. Ni lepas mu sepak terajang bini mu,mu ajok bersama (jimak) dgn dia pulak..jahatnya suami yg jenis mcm ni!!


19. Walaupun isteri kita tak secantik bidadari,cantik masa atas pelamin je..dia tetap isteri kita,terimalah segala kekurangannya.


20. Bila kita nak bertengkar dgn isteri kita ingat dan renungkanlah mase kita berkasih dulu..panggil sayang sokmo,ni dop bila bertengkar gi panggil beruk!patutnya panggil sayang jugak la.


21. Saidina Umar b'kata biarlah isteri b'mulut jahat sikit,byk dah pengorbanannya..tukang masak utk kita,tukang basuh baju kita,jahit baju kita,padahal itu tak wajib pun bagi dia.


22. Dalam Islam tak wajib pun suami tinggal b'sama isteri,tp wajib melawat dan jenguk isteri..ni dok sapa tok laki nok keluor rumah pun payah.


23. Antara jasa isteri lg,dia susukan anak kita..bukan kita yg bg susu,kalau kita yg tukang bg..keringla anak kita,nok tubik susu kot mane..


24. Suami jgn kedekut dgn isteri,ni lebihkan kawan-kawan dari isteri!nak bukak air cond waktu tinggal isteri dlm kereta pun sayang..rela matikan enjin biarkan isteri kepanasan,berape sen sgt duit minyak kalu bukak air cond,kedekut nak mampus!


25. Walau dah bg nafkah makan minum utknya,bg la jugak duit bulanan,kalu boleh biar RM2000 sbulan..belikan hadiah yg mahal-mahal,nim gi beli jam pasar malam je harga lima belas ringgit..jam spongebob.!!
panggil aku ubi???memang nak kena sekeh ni...boleh bagi hadiah skali skala...tapi ikut kemampuan abang lah yer...
26. Belilah barang kemas,rantai dan gelang..beri pada isteri,isteri kita kan tu,bukan org lain pun!


27. Sekarang dah dekat bulan puasa,nanti nak raye,cer tanya org puang kita,siap tak lg baju raye?semua dah siap!anak-anak pun belum beli lg,tp tak ape la..isteri kita kan,layanla dia,siapa suruh mu kawin dgn dia!kalu mu maroh mu kawin dgn org laki la!


28. Bila kita ada isteri,kita t'hindar dari lakukan dosa dan maksiat..besarnye jasa isteri t'hadap kita..elakkan kita dari b'zina..boleh pergi pada isteri kita yg halal.


29. Isteri kita kat dunia sekarang ni akan jd isteri kita jugak kat Syurga,jd umur 17 tahun..comel pulak tu,telah di"convert" secantik Bidadari hinggakan kita sendiri pun tak berapa cam kerana terlampau cantik.


30. Di Akhirat nanti isteri kita yg suka membebel di atas dunia ni tak membebel doh la kat sana,akan sentiasa bernyanyi-nyanyi utk kita dgn suara yg sgt merdu,disebut didalam hadis Nabi.


31. Janji Allah,setiap kali kita pandang wajah isteri kita didalam syurga..maka setiap kali pandang wajahnya akan jd semakin cantik.
Moral of the story: Suami ngan isteri kena sama2 memahami...berat sama dipikul, rinagn sama dijinjing ok!

Friday 18 May 2012

apa hebatnya solat di awal waktu?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.


WAKTU SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGHRIB


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

QIAMULLAIL

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.


ampuni dosa2ku ya Allah...
Moral of the story: Ingatkan aku tentang solat!^^,

Sunday 6 May 2012

aku curang kerana facebook

realiti zaman sekarang
Dikisahkan seorang pemuda soleh, Sidiq
berkahwin dengan seorang wanita solehah, Anisah. 
Mereka berdua berasal
dari keluarga yang beragama, terpandang dan mulia. Kedua-dua belah pihak merasa
sangat berbahagia dan bersyukur kepada Allah SWt. kerana telah
dikurniakan pasangan yang sesuai dan berpadanan dengan hati. Hari-hari yang
mereka jalani penuh dengan keceriaan dan kemesraan.

Sidiq kesehariannya bekerja di luar rumah. Ia keluar pada pagi
hari dan pulang pada petang hari. 

Anisah tinggal di rumah sendirian. 
Untuk menghibur hati sang isteri dan teman dikala kesepian Sidiq membelikan Anisah komputer. 
Komputer tersebut diletakkan di dalam bilik dan
disambungkan padanya internet. Awalnya Anisah tidak tahu apa-apa
tentang komputer. Sidiqlah yang mengajarkan cara penggunaan komputer.
Hingga pada akhirnya Anisah sudah biasa menggunakan komputer sendiri
dengan baik.

Sehabis menyelesaikan kerja-kerja rumah, Anisah memanfaatkan waktunya
didepan komputer, mengakses berita dan mengikuti perkembangan dunia
Islam. Waktu pun terus berjalan dan kehidupan mereka tetap harmoni dan
tenteram. Sehingga sampai pada suatu hari, Anisah masuk ruang chating
dan disanalah ia mulai berkenalan dengan banyak orang. Pada mulanya, hanya
tanya jawab tentang nama, tempat tinggal, sehingga kerana sudah
keasyikan pembicaraan menjadi panjang dan lebar. Telah banyak teman dan
kenalan Anisah di ruang chating. 

Dan setiap hari sehabis pekerjaan
rumah, Anisah lebih banyak menghabiskan waktunya untuk chating.

Hingga pada suatu ketika, Anisah berkenalan dengan seorang pemuda di ruang chating, namanya Fatih. 

Chating mereka lakukan dengan menggunakan kamera. Sehingga di antara mereka saling melihat. 


Awalnya perbincangan mereka hanya berkisar tanya nama, tempat tinggal dan lain-lain. 
namun chating ini terus berlangsung setiap hari. Sehingga timbullah rasa suka
dihati Fatih pada Anisah. Ia mulai bermanis kata dan merayu. Fatih
mulai berkata-kata yang membuat tersentuh hati Anisah. Setan pun tak
tinggal diam. Membisikkan ke dalam hati Anisah hal-hal yang tidak baik.
Anisah berusaha untuk menolak dan melawannya. 

Namun kerana mereka chating setiap hari, dengan saling melihat, akhirnya sedikit demi sedikit timbullah dihati Anisah perasaan suka pada Fatih. Sebenarnya Fatih menyukai Anisah hanya kerana kecantikan wajahnya saja, rasa suka
yang berlandaskan pada hasrat nafsu. 

Dan akhirnya Anisah juga terpedaya dengan kata-kata dan ketampanan Fatih yang menjadi teman chatingnya setiap hari tersebut.

Chating itu pun terus berlangsung. Dan Sidiq tidak menaruh curiga
pada Anisah. Kerana ia sangat percaya pada Anisah. Dan Anisah pun
sangat pandai menyimpan rahsia. Namun sesuatu yang busuk bagaimanapun
pintar menyimpan akan ketahuan juga baunya. Akhirnya Sidiq mulai curiga
dengan gelagat Anisah, sehingga setelah ia selidiki akhirnya ia
mengetahui bahawa Anisah telah menjalin hubungan gelap dengan seorang
pemuda di ruang chating.



Sidiq sangat marah dan akhirnya ia menjual
komputer tersebut. Dan memperingatkan Anisah untuk segera bertaubat pada Allah swt. dan meninggalkan pemuda tersebut.
 



Anisah pun mengakui
kesalahannya.

Namun, kerana hati telah diberikan pada syaitan dan hawa nafsu selama
ini, Anisah merasa masih sukar menghilangkan bayangan Fatih dari
fikirannya. Hatinya telah terpaut pada Fatih.

Sehingga tanpa diketahui oleh Sidiq, Anisah menghubungi Fatih lewat telefon.
Ia menceritakan apa yang terjadi dengan dirinya pada Fatih dan tentang perasaannya pada
Fatih. Rupanya Fatih telah berjaya menjaring mangsanya. Ia pun memanfaatkan kesempatan tersebut, ia mulai merayu dan menggombal. Ia berkata,

"Kalau kamu menyukai dan mencintai saya, tinggalkanlah suamimu!
Minta cerailah darinya! Saya akan datang untuk melamarmu dan kamu akan
hidup tenteram dan bahagia dengan saya. "

Anisah yang telah goyah dan lemah imannya ini mulai terpedaya dengan
pujuk rayu dan janji-janji Fatih. Ia telah dipengaruhi oleh syaitan dan
nafsu, ia lebih memilih Fatih dari pada suaminya. Anisah tidak sedar
bahawa syaitan dan nafsu sedang menipunya dan ingin menghancurkan dirinya
dan kehidupan rumah tangganya.


Akhirnya, Anisah minta cerai pada Sidiq. 



Dan terjadilah perceraian
yang tidak diharapkan tersebut. Anisah pulang ke rumah orang tuanya.
Keluarganya sangat menyesalkan perceraian tersebut. Dan Nabi Anisah
berkaitan dengan Fatih. Fatih sering datang ke rumah Anisah dan
kadang-kadang mengajaknya keluar rumah, dengan kereta mewah yang dimiliki
Fatih.

Hari dan minggu terus berganti, namun Fatih belum juga melamar
Anisah. Mereka masih menjalani pacaran. 

Sampai pada suatu malam, Fatih mengajak Anisah menginap di sebuah hotel dan pada malam itu terjadilah perselingkuhan, terjadilah hubungan yang diharamkan oleh Allah swt.,
mereka berzina.
 



Mereka telah dikuasai oleh hasrat nafsu dan syaitan.

Hari dan bulan terus berganti, tapi Fatih belum juga datang untuk
melamar Anisah. Anisah sangat gelisah dan tidak boleh tenang, ia selalu
diberi janji yang tak pasti. Dan sampai pada suatu hari Fatih berkata
pada Anisah,

"Wahai wanita yang hina, apakah engkau mengira aku akan berkahwin
dengan wanita seperti dirimu, tidak akan pernah! Aku tidak akan mahu
berkahwin dengan wanita murahan seperti dirimu. Engkau tidak lagi
berharga, engkau adalah wanita kotor dan hina, engkau tidak layak
berkahwin dengan pemuda ternama seperti diriku. Aku yakin, kalau
sekali sudah berkhianat, kelak engkau melakukan khianat, lagi. Kalaupun engkau
kunikahi, kelak bila engkau bertemu pemuda yang lebih ganteng dan lebih
kaya dariku pasti engkau akan meninggalkan diriku, sebagaimana engkau
telah meninggalkan suami mu yang baik-baik itu. Dan aku tidak mahu hal
itu terjadi pada diriku, sekarang pergi engkau dari sisiku! Jangan
temui aku lagi, aku tidak mahu lagi melihat mukamu, aku sudah muak
dengan dirimu. "


Anisah pun berlalu pergi dengan membawa luka mendalam di hatinya.
Hidupnya telah hancur. Masa depannya telah gelap. Ia telah salah selama
ini menilai. Ia telah tertipu dan terpedaya. Penyesalan tidak ada lagi
gunanya. Kembali pada suami yang pertama, tak akan mungkin suaminya mau
menerima dengan keadaan dirinya saat ini, kembali kepada keluarganya, ia
merasa malu, ia tidak tahu harus melangkah ke mana dan mengadu pada
siapa. Hanya kepada Allah swt. Mengadukan segala kelukaan dan kesalahan
yang dilakukan selama ini. 

Anisah telah menyedari kekeliruannya dan
sangat menyesal atas apa yang telah ia lakukan. Tapi, semuanya sudah terlambat.

***

Kisah diatas telah memberi kita pelajaran berharga, pelajaran yang
sangat berguna dalam kehidupan kita. Bagaimanapun baik dan solehnya
seseorang namun ia tidak akan boleh selamat dan boleh memelihara dirinya
jikalau ia sendiri telah memberikan dirinya untuk di belenggu syaitan
dan hawa nafsu. Kisah diatas hanya satu dari puluhan dan bahkan lebih,
dari kisah-kisah yang pernah terjadi. Betapa sering hubungan rumah
tangga retak dan pecah kerana tidak terkontrolnya dan terjaganya

interaksi dengan lawan jenis.

Dipetik dari: Dunia macam macam facebook.

Moral of the story: Jangan sibuk sangat dengan dunia luar... sibuk dengan pasangan hisup takpe... 
muamalat lelaki dengan perempuan still kena jaga walaupun dah berkahwin... syaitan sentiasa menghasut manusia... renungkan2...

Wednesday 2 May 2012

kamu berkahwin kerana apa...?

KAMU BERKAHWIN KERANA APA..... ???

Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEKS, maka pasangan rajin bertengkar jika… Servis di kamar tidur tidak memuaskan .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrup .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik , tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI.



Moral of the story: Niat lah nak kumpul sebanyak pahala yang mungkin dalam rumahtangga... barulah rasa bermakna je setiap perbuatankan?? *'Awak' kena ada niat yang sama dengan i taw...hahaha ^^, peace, mood berangan sorang2.



Sila share... from: Dunia macam macam facebook.

Tuesday 27 March 2012

Nikmat Setiap Nafas 

nikmat mempunyai banyak kategori.. ade nikmat milik, ade nikmat rasa, ade nikmat pegang, ade nikmat lihat dan sebagainya... 

nikmat milik adalah nikmat yang kita dapat milik.. seperti rumah, kereta, duit, makanan, anggota badan dan banyak lagi... 





nikmat milik adalah nikmat untuk kita milik sahaja.. belum tentu kita akan dapat rasa, dapat pegang dan lain-lain.. contohnya laptop, kita hanya boleh milik sahaja, tp bukan untuk makan kan.. hehehe.. contoh yang lebih bernas sikit seperti beras.. hak milik kita.. tapi belum tentu kita akan dapat makan nasi daripada beras itu.. mungkin nasi itu dapat kat ayam.. mungkin ada kawan kita datang rumah, kawan dapat makan nasi itu.. contoh lain seperti duit dalam bank, belum tentu duit tu adalah akan jd milik kita sepenuhnya... contoh lain lagi seperti kereta,motor,kerusi,dan sebagainya.. mmg nama kita.. tp orang lain boleh guna.. kerana itu adalah nikmat milik.. kita hanya memiliki.. tapi tidak mungkin kita akan merasai sorang2 kan..  so nikmat milik adalah tidak semestinya milik kita.. dan banyak lagi hal yang berkaitan dengan milik adalah bukan milik kita.. luaskan pengetahuan ALLAH... begitu juga dengan nikmat rasa, nikmat pegang, lihat dan sebagainya.. semuanya telah dikategorikan oleh NYA.. kita boleh hurai sendiri.. ehhe


 masa bahagia, sedih tak terlintas difikiran
                                  
sebenarnya kn, nikmat nie boleh datang pada bila2 masa tanpa permintaan atau dengan permintaan kita.. seperti nikmat kebahagiaan... kita tak tahu nikmat bahagia itu akan datang kepada kita bila2 masa kan... dan kita tidak tahu juga nikmat itu akan ditarik semula... namun, mengikut apa yang saya rasa.. 
bila kita berada dalam nikmat bahagia.. kita akan lupa kesedihan... kita hanya   fokus kepada bahgia itu.. tapi.. bila kita berada dalam keadaan sedih, kita akan fokus juga kepada sedih, namun kita jugak masih fakus dan mengharap kepada kebahagiaan itu.. 
masa sedih.. terfikir dan mengharapkan kebahagiaan


besarkan nikmat bahagia.. nikmat terlalu banyak, sehingga kalau dikira, nescaya tidak terhitungnya..









PASSWORD..

waaa... apa password aku niee....

fuuuhhh....... lamanya tak buka blog... sampai terlupa password.. selalu terjadi.. ini kelemahan  nie.. 
apa pun  kelemahan bukan untuk dibanggakan, tapi untuk diperbetulkan walaupun secara perlahan-lahan.. sb ALLAH tak menilai hasil yang kita perolehi, tapi akan menilai usaha yang kita lalui.. kan kan kan ustaz.. kalau salah boleh betulkan, sy tak berapa pandai.. 

masa terlupa password.. terfikir satu perkara.. bagi sy, password nie ibarat sebuah perhubungan... tak kisah la perhubungan apa pun.. adik beradik ker, kawan2 ker.. saudara-mara ker.. atau pun percintaan ker.. sebiji macam password... bila lama tak buka n tak guna password, lama2 kita akan lupa.. dan kita akan terus lupa sehingg kita memerlukan log in apa2 dengan password nie.. baru kita nak ingat semula.. masa nie, kita akan cuba ingat sedaya upaya.. tapi kebanyakkan adalah gagal... hanya 10% sahaja yang berjaya, tu pun ambil masa yang lama untuk berjaya.....  betulkan? 



begitu juga dengan hubungan.. bila kita lama tak berhubung dan tak peduli antara satu sama lain.. hubungan ini akan hilang dalam ingatan kita sedikit demi sedikit.. percayalah.. lama kelamaan hunbungan ini akan hilang dalam memori kita... dan, bila kita bertemu semula.. kita akan ungkit kisah lama untuk mengingati antara satu sama lain.. tapi dalam hubungan nie lain sikit, kalau jumpa dengan orang tu hanya sekejap dan terus berlalu.. kita akan ceritakan kisah kita kpda org yang terdekat dgn kita pada masa tu.. tapi tak sepenuh perasaan mana.. itu hubungan antara manusia la kan.. 

tapi bagaimana hubungan dengan yang stu lagi...? hubungan dengan ALLAH... jika kita lama tak baca quran, lama2 kita akan kurang lancar untuk baca pada masa akan datang.. kalau kita lama tak baca doa.. doa itu akan hilang dalam ingatan kita.. kalau kita tak berzikir.. susah untuk kita mulakan semula zikir itu.. sehingga tiba satu masa, saat kita memerlukan DIA... kita akan ingat semula untuk buat perkara2  tersebut.. tapi kan... kalau hubungan ngn manusia.. dia akan cerita pada kawan dia yang lain tentang kisah persahabatan kita yang dulu.. tapi kalau dengan ALLAH? DIA akan ceritakan kepada semua penduduk langit yang maksum dari dosa (malaikat) tentang kita.. dan berbangga-bangga lagi dengan kita.. kerana kita telah mengingati DIA...  dan malaikat akan berdoa untuk kita..  sama2 kita bina hubungan dengan ALLAH.. cari orang yang boleh memberi keadaan supaya kita mudah untuk ingat padaNYA.. sb tu sy pilih awak.. sb sy mudah ingat DIA smsa bersama awak.. 

sekadar tertulis yang terlintas di fikiran.. tiada kaitan dengan mana2 pihak.. 

Wednesday 22 February 2012

bjxhcngbdjkchgsjd;kCDSVBHvcjdsnvjcdbncdvbcnvbcccccccccbxvhjfhvjcvdkljckjnvjkdhnvjfvjdfvjbvd ncm nmcn ihfdihiedhjfiehfeifdeidjfouepdiepoef jifjiejfidfjdiofhidfoejufdiehfiefjid jskdnfjdbnhrjrfhrififjjjdksnkjncjdnbvjfbvfv sdjkdoksdwodjiehiehfvurfhrf9eiwidfp[kojkkdcmkdvkjnvjcvn jkdnvcdkjvnjdvdkjkdjfdjfdjfd dncvjdncvkdkdhkdjfd msdnjdbfgdshfgureyteujoewiwpuoqkdqdsakmnksc jdncvjdbvjfhfvhjfjpojdeiwfjgiefh efnjdhfjdjfsdjfidhfwefkoepwjfdkdsnkjdnvjdhfuhughvufgv jdnvcdjnvcsjcvsdjcklsdnckjdncjdhvnc dcnbjdcvdjhvcidjcoidjiejfiejfpejdvnvhb jvnbfjvijfeofeowjf djfnvjkfdvjhdsjhfvidhf deidjeoijdosjcdnc 
merah muka tu tanda masalah.. haahha


apa tu???????? hahaha... sesi luah perasaan..sb tkde orang nak tolong...... waaaa.. siannya kat diri sndri... 

apa masalahnya afizan??? 

tkde apa... badan penat sikit... sb otak penat... persaan pun penat...

kenapa afizan????

allla.. biase2 jer.. sb sy tak pandai la nk memahami orang lain... sedangkan dalam kaunseling dah ajr.. kna memahmi orang lain n biar orang itu rasa difahami.. tapi still gagal lagi... 

eh.. biasa la tu... mybe afizan dah cuba.. tp orang tu yang tak prasan kot..

emm2.. mybe la.. tp, skrang dah rasa diri tak d hargai lagi...




afizan... ingat baik2.. jgn sesekali mgharap orang lain mghargai diri kita.. tp perlu kita merasai kitalah orang yang berharga..

ok.... dah lega.. terima kasih... 


soal jawab kpada diri sendiri.. nmpak bodoh kan.. tp kita ada pelbagai cara utuk kita pulihkan semangat 
kita... 
dah lega... 

Thursday 5 January 2012

siApa kiTa?

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
bila cukup detik kembalilah kita kepada-Nya
kita datang ini kosong tangan kosong dada
bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala
Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
bawalah bakti mesra kepada Tuhan kepada insan
pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
usahlah derhaka pula kepada Tuhan kepada insan




Bila kita lihat manusia lupa tempat atau segera sesat puja darjat puja pangkat segera kita insaf - kita ini punya kiblat segera kita ingat - kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat hingga mesti  merempat ke biru laut ke kuning darat harus kita lekas sedar penuh pada tugas harus kita tegas sembah seluruh rasa belas,
Kita datang ini satu roh satu jasad
bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat!

Bila kita lihat manusia terbiar larat hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat harus kita lekas sedar penuh pada tugas harus kita tegas sembah seluruh rasa belas
Kita datang ini satu roh satu jasad Apabila pulang sekali bawalah bakti padat berkat!