Thursday 19 December 2013

Hebatnyer Dia... ! (2)

Yang ini sambungan kepada tajuk yang satu lagi (Hebatnyer Dia)

Apakah pula akan terjadi sekiranya bumi tidak bergerak menyebabkan bahagian yang membelakangi matahari menjadi malam terus menerus???


Bumi yang gelap dan sejuk.


Hawa atau udara iaitu suhu bukan menjadi semkin panas, tapi detik demi detik, saat demi saat, jam demi jam, hari demi hari dan tahun demi tahun suhu akan menjadi semakin dingin dan sejuk. Sehingga jika berlaku 100 jam sahaja suhu akan menjadi 0 darjah celcius akan menyebabkan air dan benda cair di bumi ini akan beku menjadi ais.

mula sejuk dan beku

Mungkin di saat ini manusia dan binatang-binatang mampu hidup seperti berlaku di kutub utara atau selatan. 

Masih dibenarkan hidup

Tetapi apakah yang akan terjadi selepas 100 jam berikutnya???? Di saat ini akan kesemua benda di bumi ini akan menjadi beku termasuk binatang, tumbuhan2, dan manusia juga. Kesemua akan mati dan musnah.
kesemuanya menjadi beku

Keadaan ini perlu kita fikirkan dan sedari. Betapa hebatnya makhluk ALLAH yang lain iaitu bumi sentiasa bergerak mengikut suruhan ALLAH sejak sekian lama tidak melanggar perintah itu sehingga sekarang. 

Kita juga perlu fikir dan sedar dengan nyata tentang hebat dan besarnya perlindungan ALLAH terhadap makhluknya iaitu manusia (kita semua). 

Moral Of The Story.. Lihat Ayat di bawah ini.. 

Katakanlah: "Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan malam kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan cahaya yang menerangi kepada kamu? Maka mengapa kamu tidak mahu mendengar (secara memahami dan menerima kebenaran)?" Al-Qosas ayat 71

Dan di antara rahmat pemberianNya, Ia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti), supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur. Al-Qosas ayat 73
   

Hebatnyer Dia...!

Assalamualaikum.. Semoga Diri ini sentiasa berada di dalam keberkatan dan tidak lupa akan pencipta alam semseta ini..

Lama benar tak buat entry.. Bukan bz atau tak cukup masa.. masa yang diberikan oleh Allah 24 jam sehari semalam itu sangat banyak dan melebihi segala keperluan kita.. sehingga saya sendiri pun banyak membazir masa.. mudah-mudahan Allah ampun atas kesilapan pembaziran tersebut. amiin..

kali ini saya ingin mengajak para pembaca sama ada tua atu muda, kaya atau miskin, dekat atau jauh, islam atau bukan. Semuanya lah yang pandai membaca.. hehe..

Tajuk di atas bukan untuk siapa-siapa.. "Dia" merujuk kepada yang teristimewa di dalam hidup saya dan kita semua.. siapa Dia? iaitu pencipta kita semua.

Jom kita berbincang pasal satu kejadian.. tengok gambar di bawah ye.. hehe. 

Bumi Berputar

Bumi berputar 24 jam tanpa henti2.. bahagian bumi yang menghadap matahari akan menjadi siang, manakala bahagian bumi yang menghadap bulan akan menjadi malam. ini semua diakui oleh semua manusia biasa dan pakar2 dunia. 

Namun. apa akan terjadi jika bumi tidak berputar??????

Akan ada bahagian yg selamanya menghadap matahari sahaja sehingga menjadi siang hingga ke hari kiamat. Dan ada pula bahgian yang selalu membelakangkan matahari sehingga menjadi malam berpanjangan hingga ke hari kiamat..

Jom kita fikir sedikit jer lagi.. 

Apakah yg akan terjadi sekiranya siang terjadi secara berpanjangan?? Udara dari detik ke detik, jam ke jam akan menjadi semakin panas, dan sehingga mencapai 100jam siang terus menerus, maka suhu udara akan menacapai lebih 100 darjah Celcius.. Dan kalau siang terus lagi sehingga beberapa 1000jam atau ribu2 jam lagi... 


maka suhu udara akan menjadi tinggi lagi sehingga mencapai lebih dari 1000 darjah celcius. Ini akan menyebabkan seluruh air yang ada di muka bumi ini dan benda cair akan menjadi panas dan mendidih. 

air mula mendidih 
panasnya kan.. 

Cubalah bayangkan apa yg akan terjadi jika semua air (sungai, laut, tasik) dan benda cair di di bumi ini mendidih???  Begitu juga darah yang mengalir di dalam tubuh manusia akan mendidih pula akibat terlalu panas. Dalam keadaan demikian, tiada satu pun makhluk akan dpat hidup. 

Semuanya akan mati dan musnah..!

Apabila selepas 100 jam atau 1000 jam berikutnya, bukan sahaja air akan mendidih. Semua benda di atas muka bumi ini sama ada kayu, tanah, batu,rumah, kereta, jambatan dan lain2 akan panas dan terbakar yang kuat sehingga menjadi bara atau debu. Sehinggakan semua manusia akan mati bukan sahaja manusia tapi seluruh bumi yang besar ini akan terbakar menjadi abu yang berterbangan sekelip mata sahaja...


Moral of the story.. jom kita baca tafsir ayat di bawah ini. 

Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan siang kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat (dalil-dalil dan bukti keesaan dan kekuasaan Allah)?" Al-Qosas ayat 72.

Besarnyer nikmat Allah kepada diri kita semua.. sehingga bumi tidak pernah melawan arahan Allah untuk berputar tanpa berhenti sesaat pun.. manusia?? hari2 menyalahkan Allah dan tidak bersukur dengan nikmat Allah. Ampunkan dosa kita semua ya Allah.. amiiin.