Yang ini sambungan kepada tajuk yang satu lagi (Hebatnyer Dia)
Apakah pula akan terjadi sekiranya bumi tidak bergerak menyebabkan bahagian yang membelakangi matahari menjadi malam terus menerus???
Bumi yang gelap dan sejuk.
Hawa atau udara iaitu suhu bukan menjadi semkin
panas, tapi detik demi detik, saat demi saat, jam demi jam, hari demi hari dan
tahun demi tahun suhu akan menjadi semakin dingin dan sejuk. Sehingga jika
berlaku 100 jam sahaja suhu akan menjadi 0 darjah celcius akan menyebabkan air
dan benda cair di bumi ini akan beku menjadi ais.
mula sejuk dan beku
Mungkin di saat ini manusia dan binatang-binatang mampu
hidup seperti berlaku di kutub utara atau selatan.
Masih dibenarkan hidup
Tetapi apakah yang akan terjadi selepas 100 jam berikutnya???? Di saat ini akan kesemua benda di bumi ini akan menjadi beku termasuk binatang, tumbuhan2, dan manusia juga. Kesemua akan mati dan musnah.
kesemuanya menjadi beku
Keadaan ini perlu kita fikirkan dan sedari. Betapa hebatnya
makhluk ALLAH yang lain iaitu bumi sentiasa bergerak mengikut suruhan ALLAH
sejak sekian lama tidak melanggar perintah itu sehingga sekarang.
Kita juga perlu fikir dan sedar dengan nyata tentang hebat
dan besarnya perlindungan ALLAH terhadap makhluknya iaitu manusia (kita semua).
Moral Of The Story.. Lihat Ayat di bawah ini..
Katakanlah: "Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan malam kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan cahaya yang menerangi kepada kamu? Maka mengapa kamu tidak mahu mendengar (secara memahami dan menerima kebenaran)?" Al-Qosas ayat 71
Dan di antara rahmat pemberianNya, Ia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti), supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur. Al-Qosas ayat 73
No comments:
Post a Comment