Sunday 31 July 2011

terfikir masa depan..

Teringat masa kem kursus TOT fc MJM UMT sesi 2011/2012.. di sebuah dewan yang besar, bermulanya Ice Breaking.. hati rasa tidak selesa juga time nak mulakan Ice Breaking, sebab ramai fc yang kebanyakan  daripada orang yang banyak pengalaman dan bakat yang jauh lebih baik dari saya. sebab untuk menyatukan dan menggembirakan semua fc yang berjumlah seramai 250 orang sangat susah dan tidak yakin.. dengan keberkatan yang diberikan oleh Allah, saya yakin ada di antara fc2 yang berpeluang berkenalan antara satu sama lain , dan masih berhubung antara  mereka..

WALAUPUN SAYA TIDAK LAYAK UNTUK MEMUASKAN HATI SEMUA ORANG, TAPI CUKUP DAN PUAS BAGI SAYA UNTUK MENGEMBIRAKAN HATI SESETENGAH ORANG SAHAJA.. 

seperti yang saya rumus haritu, kalau masih ada yang ingat, JADILAH SEPERTI SEORANG PELUKIS… KUMPULKAN SEBANYAK YANG MUNGKIN PENSEL DAN COLOUR UNTUK MEMBUAT LUKISAN KITA.. BARU KITA DAPAT MENYEMPURNAKAN DAN MEWARNAKAN LUKISAN KITA DENGAN PELBAGAI GAYA...  ELAKKAN MENJADI SEPERTI GELAS.. BILA AIR DI ISI SEHINGGA PENUH, AIR YANG AKAN DI ISI LAGI TIDAK AKAN DITERIMA DAN MELIMPAH KELUAR… (maksud saya, kumpulkan pelbagai pengalaman, ilmu, dan teknik daripada seberapa banyak guru, kerana kita akan mempunyai banyak pilihan saat kita memerlukannya nati.. jangan memilih siapa yang akan mengajar kita, asalkan ada kebaikan, ambil dan gunakan untuk diri kita..) 

semua orang mahukan kesempurnaan dalam melakukan apa jua perkara, namun, tidak semua orang akan dapat kesempurnaan daripada apa yang dibuatnya…


kenapa??? 

Sebab ada HIKMAH di sebaliknya.. ALLAH tidak melihat kepada hasilnya, tapi Allah akan melihat daripada usaha dan niatnya… contohnya,  bagi orang Islam.. try kita imbas kembali kisah Nabi Nuh a.s. baginda berdakwah selama 950 tahun tanpa henti, siang dan malam.. namun hasilnya adalah seramai lebih kurang 40 pasang 0rang dan haiwan sahaja yang beriman kepada Allah.. isteri dan anak pun tidak beriman… kalau Allah menilai dari hasilnya, pasti Nabi Nuh a.s GAGAL… TAPI… ALLAH MENILAI DARI USAHANYA YANG IKHLAS DAN SUCI…  so bagi sesiapa yang gagal jangan terlalu kecewa dan terus jatuh..  baiknya jika kita menggunakan kegagalan yang lepas untuk jadikan panduan dalam memperbaiki perkara yang akan datang..!!!!!









Dalam program ini, sukanya saya inginkan kongsikan perasaan saya bila melihat kawan2 saya (fc2) yang melaungkan lagu semangat (gemuruh dan warisan serta teman sejati) beramai2 dengan satu semangat dan wajah2 kegembiraan..
Tapi, kadang2 hati saya terfikir tentang masa depan… adakah adik2, anak2 atau generasi kita yang akan datang dapat mengecapi NIKMAT yang diberikan oleh kita semua pada hari ini.. terbayang dalam fikiran, apakah senario yang akan bermain kepada zaman generasi akan datang, adakah seperti GAZA atau PALESTIN pada hari ini???


(banyak maksud yang ingin disampaikan dalam ayat di atas.. tp banyak kelemahan yang menyebabkan tidak jelas.. perlukan fikran yang baik untuk memahami semuanya)...!! heheee



6 comments:

  1. huhu....smart entri... eqa fhm apa yang disampaikan dalam entri pijan.. teruskan menulis dari mata hati..

    ReplyDelete
  2. fuuuyyyooooo..semakin best blog jan...keep it up ye..!

    ReplyDelete
  3. sudah menjadi lumrah dalam sejarah umat manusia yg mana tiap2 tamadun akan jatuh bila mana nilai2 kemanusiaan di tolak ketepi...

    tamadun Islam yg begitu gah juga tersungkur di pintu sejarah kerana nilai2 Islam sebenar di tolak ke tepi...

    adakah nikmat ini akan dinikmati oleh generasi akan datang??boleh,asalkan saja kita melawan teori roda sejarah...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete