hari ni nak update sedikit pasal ujian. oleh kerana hari ini merupakan hari pertama bekerja secara rasmi sebagai kaunselor (bidang yang saya belajar), dan hari ini juga rasa sangat teruja, berdebar serta pilu atas rezeki yang ditakdirkan oleh Allah terhadap diri ini. hari ni first day dan first time menjejak kaki ke alam pekerjaan.. sampai2 je di organisasi.. human resource (HR) bawa round untuk berkenalan dengan semua staff di situ. happy juga la.. sb ramai bertanya asal mana.. belajar mana... tinggal mana.. kawen mana (oppss) hehe.. lepas siap sesi berkenalan.. terus duduk di meja yang telah disediakan.. alhamdulillah.. walaupun tak seberapa besar.. tp cukup la untuk sy yang budak baru bekerja.. bak kata orang, rezeki jangan memilih.. nanti melepas.. banyak belajar pada hari ini.. tentang tugas.. cabaran yang akan ditempuhi.. tp yang istimewa sedikit.. hari nie juga dah hantar surat ke bos mintak cuti selama 4 hari sb nak balik raya haji dan terus sambung konvokesyen di UMT.. bos bagi dengan senyuman dan tanda memahami.. baiknya hati bos.. alhamdulillah..
haisss.... lari tajuk nie.. tajuk kita apa dah.,. ujian hamaNya kan.. hehe..
ok.. berbalik kepada tajuk kita.. sebenarnya.. bila dapat jawatan atau kerja ini.. saya teringat la pasal pesanan para ulama dan orang alim.. manusia nak dikatakan beriman akan melalui dan perlu melepasi 3 ujian ini.. pertama wanita. kedua harta.. ketiga pangkat.. pasal wanita, dan harta nanti kita bincang lain kali.. kali ini nak bincang pasal pangkat.
ini jawatan yang diterima..
mungkin setengah orang melihat ini sebagai rezeki atau nikmat.. tapi pandangan saya melihat semua ini (pangkat) sebagai ujian. kesemua sahabat nabi ini dan yang lain-lain lagi dapat melepasi ujian ini.. mereka dapat gelaran atau pangkat apa sekalipun.. mereka tidak pernah merasa untuk bangga dan hebat dengan apa yang diperolehi.. malah, mereka akan banyak beristghfar dan bersyukur dengan apa yang dimiliki. kerana takut terpesong dengan jalan yang lurus. kalau tak faham baca, sb ayat terabur.. harap paham.. hehe..
semoga diri ini sentiasa bersyukur dan tidak lari dari jalanNya..
semoga menjadi seperti padi yang berisi.
semoga terus berjaya abe pije. :)
ReplyDeleteterima kasih..
ReplyDelete