Tuesday, 8 October 2013

Untuk Orang Bekerja

assalamualaiakum dan salam sejahtera serta salam 1 malaysia.. hehee..
skema sikit.. sb format orang dah kerja kena skema sikit2.. sikit2 jer.. baru tak stress kerja.. :)

kerja banyak sebenarnya di dalam dunia ini.. tapi telah dikategorikan oleh manusia kpd beberapa jenis. ada jenis kerja kerajaan, kerja swasta, kerja sendiri dan banyak lagi.. tapi kebiasaannya adalah satu.. kalau tanya orang bekerja.. apa yang dinginkan adalah gaji.. ramai macam itu.. salah ker? saya tak kata salah.. dan tak kata betul juga.. sb tak tahu.. mungkin ada org yang lebih tahu boleh jelaskan.. hehe
kerja berat biasa orangnya kurus. tapi orang di atas tak kurus.. hehe..


tapi terdapat satu artikal yang boleh memberikan sedikit panduan untuk kita semua.. tajuknya lebih kurang macam nie la bunyinya.. KERJA BERGAJI PUN BOLEH PAHALA.. haaa.. ini la yang kita semua nak kan.. kalau setakat dapat gaji tapi pahala takde.. tetap rugi juga.. macam mana cara nak dapatkan semua ini??

Senang sahaja.. baca sampai habis yer..

apa-apa jenis kerja pun, semuanya bergantung pada niat.. itu memang tak dapat nak elak dah.. sahkan nak buat kerja biasa perlu niat.. nak buat amal pun, kalau takde niat atau niat tak betul.. sia-sia juga.. contoh dalam hadis qudsi.. orang mati syahid juga diseret wajahnya sehingga ke dalam neraka.. sebabnya niat pergi berjihad atau berperang untuk dapatkan gelaran aku adalah perwira, berani  dan hebat.. gelaran itu memang Allah bagi semasa dunia.. tapi akhirat jatuh juga ke jahannam.. nauzubillah.. begitu juga dengan seorang mnuntut ilmu dan mengajarkannya serta membaca al-quran.juga diseret wajahnya sehingga ke dalam neraka..sebabnya, niat belajar ilmu, mengajar dan membaca al-quran untuk mendapatkan gelaran alim dan qari..jahnnam juga.. ingatkan selamat dah kan.. nauzubillah.. akhir sekali seorang yang kaya raya serta mewah.. Allah tanya kamu buat apa dengan nikmat aku bagi semua ini.. jawabnya, saya sedekah, derma dan tolong orang susah.. Allah perintahkan malik zabaniah seret wajahnya sehingga ke dalam neraka juga.. sebab niat asalnya adalah untuk dapatkan gelaran dermawan..(riwayat muslim)

Yang kedua perlu diikuti dengan sunnah.. dengan kata lain ittiba' al-sunnah.. maksudnya mengikut sunnah (rasulullah) dalam semua aspek.. susah ker??? tak susah.. baca lagi, saya nak terangkan cara yang mudah.. hehe.. sunnah ini penting.. kalau nak bandingkan betapa penting sunnah atau tidak..  semua bumi dan langit serta makhluk lain tidak akan dibuat kecuali disebabkan Allah nak wujudkan Rasulullah kita.. ikut rasulullah.. sama dengan ikut sunnah.. pentingya dan mahalnya rasulullah sama dengan pentingnya dan mahalnya sunnah.. perkara yang sama.. faham tak? tak faham sila angkat tangan dan tanya terus.. hehee..  secara kesimpulannya, ikhlas tanpa ittiba (sunnah) tertolak amalan, ittiba tanpa ikhlas sia-sia amalan..
minum air pun ada lebih 6 sunnah. tp bukan adik nie minum yer.. nak tahu, nanti kita bincang lain kali.. tak pun google.. zaman IT kan.. hee


lepastu macam mana cara kerja dapat gaji dan dapat pahala juga? ok, sini.. baca sikit lg.. hehe

Ini untuk mendapatkan keikhlasan..


1. bermotivasikan ganjaran Allah.. ibn umar bercerita, pd suatu hari Rasulullah bersabda. siapa sanggup menghantar suratku kpd pembesar Rom? sehingga 3 kali bertanya.. kemudian badinda bersabda lagi.. siapa yang pergi, baginya syurga..
seorang laki ansar menyahut untuk pergi.. saya akan pergi.. dan adakah untuk saya syurga jika saya meninggal dunia ketika itu?
baginda jawab, ya.. bagimu syurga jika kamu menghantarnya sama ada kamu dibunuh atau mati sebab selain dibunuh wajib syurga(riwayat tarmizi)

2. kerana Allah dan Rasul suka.. contoh berpakaian kemas dan menjaga penampilan diri dengan niat kerana Allah suka kecantikan. bersenam dan bersukan kerana Allah sukai mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah..

berhati-hati meniti.. supaya tidak jatuh..
3. demi tanggungjawab lain.. ini juga penting.. dan ramai tak terpesong dengan niat ini.. syabas untuk diri sendiri.. contohnya, bekerja untuk dapat gaji atau hasil untuk menyara keluarga sebab menyara keluarga itu wajib. berniaga untuk kaya semoga boleh tolong orang miskin..

Ini untuk mengamal sunnah..

1. tekun, bersungguh-sungguh.. "sesungguhnya Allah suka apabila seseorang melakukan sesuatu pekerjaan, dia itqan (tekun,teliti,buat yang terbaik)" riwayat at-tabrani.

2. memberi manfaat kepada orang lain.. manusia yang paling disukai oleh Allah adalah yang paling banyak memberi manfaat. amalan yang paling disukai oleh Allah adalah kegembiraan yang kamu bawakan untuk saudara muslim, atau menghilangkan penderitaannya, atau melangsaikan hutangnya, atau menghilangkan kelaparannya. "sesungguhnya dengan aku berjalan bersama saudaraku untuk urusannya lebih aku sukai berbanding beriktikaf di masjid sebulan" riwayat at-tabarni"

3. berakhalak mulia... "sesungguhnya orang yang muflis daripada kalangan umatku ialah sesiapa yang pada hari khiamat kelak datang dengan pahala solat, puasa dan zakatnya. sedangkan dia dahulu pernah mencaci orang, menuduh seseorang dan memakan hak orang. lalu diagihkan pahala kebaikannya pada orang itu dan orang ini (yang pernah dianiayai). sekiranya pahalanya telah habis sebelum hutang kesalahan langsai, maka diberikan kpadanya bahgian-bahgian dosa mereka yang telah dianiayai, lalu dia dhumban ke neraka"
nak subur? selalu la pegang janggut suamimu.. kakaaka

4.yang haram dihindari.. contoh, menzalimi, menyakiti hati saudara muslim, rasuah, khianat, melaga-lagakan orang dan sebagainya.

5. yang wajib tidak diabai.. yang nie paling penting sekali.. contoh melewat2kan solat tanpa uzur atas alas an sibuk bekerja, mengabaikan masa bersama isteri dan anak-anak dan sebagainya..

Dengan cara di atas.. maka gaji akan menjadi pahala.. gaji dapat,.. pahala dapat.. kalau rasa susah. Hari ni niat dulu nak amal.. esok mula amal sedikit2 dan istiqamah.. selamat berjaya untuk diri sendiri dan juga anda semua.. (sy minat pink) kikkiki

Monday, 7 October 2013

Ujian HambaNya

assalamualaikum.. sudah lama tak update my blog.. bukan tak sempat.. tapi melengah2kan dan malas.. nie dah rajin semula.. biasala.. kadang2 ada masa rajin, kadang2 ada masa malas.. kita kan manusia biasa.. takde yang sempurna.." tp kena usaha ke arah kesempurnaan".. 

hari ni nak update sedikit pasal ujian. oleh kerana hari ini merupakan hari pertama bekerja secara rasmi sebagai kaunselor (bidang yang saya belajar), dan hari ini juga rasa sangat teruja, berdebar serta pilu atas rezeki yang ditakdirkan oleh Allah terhadap diri ini. hari ni first day dan first time menjejak kaki ke alam pekerjaan.. sampai2 je di organisasi.. human resource (HR) bawa round untuk berkenalan dengan semua staff di situ. happy juga la.. sb ramai bertanya asal mana.. belajar mana... tinggal mana.. kawen mana (oppss) hehe.. lepas siap sesi berkenalan.. terus duduk di meja yang telah disediakan.. alhamdulillah.. walaupun tak seberapa besar.. tp cukup la untuk sy yang budak baru bekerja.. bak kata orang, rezeki jangan memilih.. nanti melepas.. banyak belajar pada hari ini.. tentang tugas.. cabaran yang akan ditempuhi.. tp yang istimewa sedikit.. hari nie juga dah hantar surat ke bos mintak cuti selama 4 hari sb nak balik raya haji dan terus sambung konvokesyen di UMT.. bos bagi dengan senyuman dan tanda memahami.. baiknya hati bos.. alhamdulillah..

haisss.... lari tajuk nie.. tajuk kita apa dah.,. ujian hamaNya kan.. hehe..
ok.. berbalik kepada tajuk kita.. sebenarnya.. bila dapat jawatan atau kerja ini.. saya teringat la pasal pesanan para ulama dan orang alim.. manusia nak dikatakan beriman akan melalui dan perlu melepasi 3 ujian ini.. pertama wanita. kedua harta.. ketiga pangkat.. pasal wanita, dan harta nanti kita bincang lain kali.. kali ini nak bincang pasal pangkat.


ini jawatan yang diterima.. 

sebenarnya post gambar nie bukan nak bangga atau menyohorkan diri.. cuma nak ingatkan diri sendiri dan juga orang lain kalau ada yang baca.. teringat kisah rasulullah dan sahabat-sahabatnya.. kesemua sahabat nabi tidak lepas dengan 3 ujian ini.. contohnya, abu bakar diangkat menjadai khalifah,. begitu juga umar,othman, dan ali.. tak lupa juga bilal bin rabah yang dikenali sebagai seorang yang miskin, hamba, hitam, dan buta huruf. akhirnya diangkat menjadi gabenor semasa pemerintahan umar.. ini bandingan yang tinggi untuk diri kita.. tapi kalau tak banding dengan calon-calon syurga, nak banding dengan siapa lg.. kan kan kan?
mungkin setengah orang melihat ini sebagai rezeki atau nikmat.. tapi pandangan saya melihat semua ini (pangkat) sebagai ujian. kesemua sahabat nabi ini dan yang lain-lain lagi dapat melepasi ujian ini.. mereka dapat gelaran atau pangkat apa sekalipun.. mereka tidak pernah merasa untuk bangga dan hebat dengan apa yang diperolehi.. malah, mereka akan banyak beristghfar dan bersyukur dengan apa yang dimiliki. kerana takut terpesong dengan jalan yang lurus.  kalau tak faham baca, sb ayat terabur.. harap paham.. hehe..
semoga diri ini sentiasa bersyukur dan tidak lari dari jalanNya..

semoga menjadi seperti padi yang berisi.